Ciri-Ciri Wanita Yang Sanggup Berkongsi Hidup Dengan Bakal Suami Bergaji RM5000 Ke Bawah.

Pada masa kini, terdapat ramai sahaja dikalangan kita dimana golongan wanita lebih bekerjaya dan memiliki pendapatan yang lebih besar berbanding dengan golongan lelaki. Bertemu pula dengan jodoh (lelaki) yang hanya berpendapatan kecil dan mahu menamatkan zaman bujang dengan lelaki tersebut kerana konsep susah senang hidup bersama.

Namun, sejauh mana kesanggupan seorang wanita tersebut mahukan bakal suami yang bergaji RM5000 ke bawah ini?

1. Tidak pernah cuba merungut dan mengeluh.

Apabila dalam kesusahan, kebiasaannya kita mudah merungut dan mengeluh. Namun, wanita ini tidak pernah bosan dengan lelaki ini, malah tidak pula merungut walaupun reaksi wajah kelihatan sedih dan penat. Ini kerana mahu menjaga perasaan dan hati lelaki tersebut.

2. Tidak biarkan lelaki itu mencari duit keseorangan.

Bukan hanya menyuruh lelaki tersebut mencari duit sampingan sahaja, dirinya juga cuba untuk mencari duit lebih. Malah berusaha mencari alternatif lain seperti berniaga, menghasilkan produk sendiri, malah pergi mencari ilmu bagaimana untuk menggandakan wang bersama.

Sama-sama bersusah dahulu, kemudian baru dapat menjaminkan kehidupan yang selesa setelah berkahwin.

3. Tidak pernah berhenti memberi sokongan dari segi lisan dan juga bertulis.

Jika wanita tidak boleh berhenti bercakap atau membebel ketika memberi kata-kata sokongan, segala ayat-ayat motivasi juga akan dikongsikan bersama. Tiada rahsia antara kalian berdua. Tidak takut untuk bersuara malah dalam berkongsi pendapat. Jika berkecil hati kerana kekurangan diri, cepat-cepat memperbaiki diri juga.

4. Tidak berhenti berdoa demi kesenangan hidup dunia dan akhirat.

Sukar untuk mencari wanita yang masih mengekalkan akhlak yang baik, dan sentiasa menjaga solat. Sekiranya menjaga solat, tidak mustahil akan mendoakan yang terbaik untuk bakal jodohnya. Oleh itu, dalam mencari bakal isteri/jodoh ini, lihatlah agamanya. Sama ada dalam keadaan sendiri ataupun bersama keluarga.

5. Tidak pernah rasa cuba untuk meninggalkan lelaki ini keseorangan.

Dan yang paling penting adalah, wanita ini tidak pernah cuba untuk menginggalkan lelaki tersebut. Jika berpisah sekejap sahaja pun, pasti meruntun jiwanya melihat lelaki tersebut susah berseorangan.

6. Tidak pernah cuba untuk memperkecilkan lelaki ini.

Selain daripada itu, semasa susah senang bersama, tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk memperkecilkan hati lelaki tersebut. Sekiranya solat dijaga, akhlak juga baik secara tidak langsung akan menjaga segala kata-kata atau perbuatan bersama dengan pasangannya. Itulah tanda dirinya hormat dengan lelaki bergaji kecil ini.

Oleh yang sedemikian, dalam rumah tangga ini sebenarnya tidaklah seindah mimpi yang dibayangkan. Memang benar semuanya perlukan duit, akan tetapi jangan sampai bertuhankan duit.

Jika duit menjadi punca rumah tangga kalian berantakan, tidak mustahil pasangan akan sentiasa rasa terbeban dan tertekan....

Jika duit masih menjadi ‘Tuhan’ yang menjadi kayu pengukur kebahagiaan, sampai bila-bila anda dan pasangan hanya menjadi ‘Hamba’....

Jika duit yang menjadi alasan untuk anda dan pasangan berpisah/bercerai, lebih baik tiada duit langsung...

Untuk menjadi isteri yang baik, solehah dan mithali jangan berhenti berusaha untuk memberi ketenangan kepada bakal suami kelak. Sentiasa gembirakan mereka walaupun dalam keadaan kekangan kewangan. Berdoa bersungguh-sungguh kerana rezeki itu datang dari Allah SWT.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen