Eye Bag Membuat Anda Kelihatan Lebih Berumur, Ini 10 Puncanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tiada masalah lingkaran bawah mata, atau dipanggil eye bag ini tersangatlah beruntung. Mana tidaknya, eye bag ini hanya akan membuat seseorang itu kelihatan tidak bermaya malah membuatnya agak sedikit berusia berbanding umur sebenar.

Lingkaran gelap bawah mata adalah satu masalah biasa dalam kalangan individu lelaki mahupun wanita. Untuk memburukkan lagi keadaan, lingkaran gelap sukar untuk dihilangkan. Jika wanita mungkin boleh tutup eye bag itu dengan penggunaan makeup tetapi yang lelaki macam mana pula?



Jadi apakah punca yang menyebabkan wujudnya lingkaran gelap ini?

Punca munculnya lingkaran gelap bawah mata?



1. Keletihan

Terlebih tidur, keletihan yang melampau, atau berjaga beberapa jam melepasi waktu tidur normal anda boleh menjadi punca wujudnya lingkaran gelap ini. Kekurangan tidur juga boleh menyebabkan kulit anda menjadi kusam dan pucat, membuatkan tisu gelap dan saluran darah bawah mata akan menonjol. Apabila anda kurang tidur ia akan membuatkan cecair muncul di bawah mata dan menyebabkan mata kelihatan bengkak dan ini sekali gus membuatkan lingkaran hitam itu sebagai bayangan kepada bengkak kelopak mata anda.

2. Tekanan mata

Menonton televisyen atau menghadap skrin komputer terlalu lama boleh menyebabkan tekanan tertentu kepada mata. Ini akan membuatkan saluran darah pada sekitar mata membesar. Akhirnya ia akan membuatkan bahagian sekitar mata anda menjadi gelap.

3. Genetik

Keturunan dan genetik juga boleh menjadi faktor besar yang mungkin menyebabkan munculnya lingkaran gelap di sekeliling mata anda.



4. Usia

Penuaan juga boleh menjadi antara faktor biasa yang menyebabkan kewujudan lingkaran gelap bawah mata. Semakin anda berusia, kulit anda akan menjadi lebih nipis. Kehilangan lemak dan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit. Apabila situasi ini berlaku, saluran darah gelap bawah kulit akan menjadi lebih ketara menjadi kulit sekitar mata menjadi gelap.

5. Kekurangan nutrisi

Lingkaran bawah mata boleh terjadi kerana kekurangan nutrisi dari pengambilan diet pemakanan anda. Diet yang sihat dan kaya nutrisi seperti vitamin A, C, K, E dan nutrien boleh menghilangkan lingkaran gelap.

6. Alahan

Reaksi alahan dan kekeringan mata boleh mencetuskan lingkaran gelap. Apabila anda mengalami reaksi alahan, badan akan mengeluarkan histamin yang akan bertindak balas ke atas bakteria berbahaya. Selain menyebabkan simpton yang tidak selesa seperti kegatalan, kemerahan, dan mata bengkak, histamin turut menyebabkan saluran darah anda melebar dan tampak lebih hitam di bawah kulit.

Alahan juga boleh mengakibatkan wujud keinginan untuk menggosok dan menggaru kulit gatal sekitar mata. Perbuatan ini akan memburukkan lagi simptom yang dihadapi, menyebabkan keradangan, pembengkakan, dan saluran darah pecah – mewujudkan bayang-bayang gelap di bawah mata.



7. Merokok dan alkohol

Amalan gemar berparti pada lewat malam, merokok atau pengambilan alkohol boleh menjejaskan kulit dan menyebabkan lingkaran gelap.

8. Dehidrasi

Lingkaran ini boleh menjadi tanda kekurangan air dalam badan kerana pengambilan minuman berkafein secara berlebihan. Dehidrasi juga antara punca biasa lingkaran bawah mata. Badan yang tidak menerima jumlah air yang mencukupi, boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan mata akan kelihatan tenggelam.

9. Cahaya matahari

Pendedahan kepada cahaya matahari secara berlebihan boleh menyebabkan badan anda menghasilkan melanin -pigmen yang memberikan warna kepada kulit – secara berlebihan. Terlalu banyak cahaya matahari – khususnya kepada mata – boleh menyebabkan pigmentasi sekitar kulit menjadi lebih gelap.



10. Perubahan hormon

Kebiasaannya, perubahan hormon pada wanita, disebabkan proses kehamilan atau kitaran haid, turut boleh menyebabkan wujudnya lingkaran gelap.

Bagi kebanyakan individu, lingkaran gelap ini hanyalah bersifat sementara yang selalunya disebabkan oleh faktor usia atau kekurangan tidur. Lingkaran gelap ini kebiasaannya tidak menyebabkan masalah serius lain. Malahan terdapat pelbagai cara untuk mengatasi dan merawat masalah ini. Walau bagaimanapun, jika perubahan warna atau bengkak menjadi lebih teruk dari masa ke masa, pastikan anda berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi untuk mendapatkan pemeriksaan.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen