Rahsia Sujud Ketika Solat Yang Tidak Kita Ketahui.

Besar dosanya sekirany meninggalkan solat dengan sengaja, apatah lagi sekiranya solat yang dilakukan tidak begitu khusyuk pula. Jika kita benar-benar khusyuk ketika solat, pasti akan mengetahui manfaat setiap pergerakan dalam solat tersebut kerana ia sebenarnya baik untuk kesihatan tubuh badan, selain berpuasa juga.

Antara pergerakan tersebut adalah sujud ketika solat.

Jom ketahui antara fakta tentang sujud, dan manfaat pada tubuh badan kita…

1. Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi:

  • Dahi.
  • Hidung.
  • Kedua telapak tangan.
  • Lutut.
  • Kedua hujung jari kaki.

2. Sujud adalah konsep:

  • Merendahkan diri.
  • Memuji Allah SWT.
  • Memohon segala macam hajat kepada Allah SWT.

3. Sekaligus, mengikis sifat tercela:

  • Riak dan sombong.
  • Takabur.

4. Menurut kajian, Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University telah peluk Islam selepas mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesihatan.

5. Dalam kajiannya, ditemukan bahawa ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud.

6. Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja, iaitu pada waktu solat yang telah ditetapkan (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya').

SubhanAllah...

7. Jadi, siapa yang tidak solat maka urat ini tidak menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal.

8. Salah satu indikasinya adalah timbul macam-macam gejala sosial di masyarakat yg tidak solat saat ini.

9. Kerana kedudukan otak di atas jantung, maka kata Prof Hembing, jantung hanya mampu menyalurkan 20% darah ke otak manusia, maka dibantu lagi dengan sujud yang lebih lama agar dapat menambah kekuatan aliran darah ke otak.

10. Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan Rasulullah SAW, supaya kita sujud berlama-lama pada raka'at terakhir.

11. Manfaat sujud berlama-lama ini adalah untuk:

  • Mencegah pening.
  • Terhindar migrain.
  • Menyegarkan otak.
  • Menajamkan akal dan fikiran (lebih sensitif).
  • Melonggarkan sistem pernafasan.
  • Memperbaiki kandung rahim yang turun.
  • Menjaga dan menguatkan kedudukan bayi dalam kandungan.
  • Menghindarkan kandungan songsang dan lain lain.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen