Bukan Orang Dewasa Sahaja Ada Stress, Kanak-Kanak Juga Berpeluang Mempunyainya. Ini Cara Kawal Stress Anak Tanpa Sentuh Emosi Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jangan sangka anak-anak yang masih kecil ini tidak boleh stress dengan kehidupan mereka. Sememangnya mereka ini tidak memikirkan bagaimana untuk memperolehi wang lebih setiap bulan, mereka ini juga tidak memikirkan bagaimana hendak selesaikan kerja-kerja yang memenantkan di pejabat, tetapi bagaimana mereka ini boleh berdepan dengan stress sama seperti orang dewasa.

Anak-anak yang kecil ini mempunyai 3 sebab untuk mereka stress disaat mereka ini masih belum tahu membezakan yang mana baik atau yang mana buruk. Namun begitu, sebagai mak ayah yang sentiasa bimbang dengan kelakukan dan tumbesaran sihat anak-anak ini, ibu bapa perlu bijak untuk memulihkan stress anak tanpa menyentuh emosi anak-anak.



Bagaimana cara untuk tanganinya? Menurut saudara Hafiz Sulaiman, terdapat perspektif berbeza kenapa anak kita jadi stres cepat sentap dan emoking emoqueen semacammm je.

Beliau turut berkongsi pengalaman, bagaimana kawal emosi tanpa sentuh emosi anak-anak.



1. Stres punca makanan

Orang dulu kenyang perut senang hati..zaman sekarang anak kita terlebih kenyang..perut jadi se'eh orang pantai timur kata..nak bernafas pun susah.

Makanan pulak jenis yang naikkan stres dan radang..Makanan tinggi gula, gandum proses dan jajan yang terukkan lagi berisiko sebabkan "anginn".

Hasilnya anak jadi meradang dan naik angin sokmo. Stres dalaman badan jadi tinggi dan berisiko sebabkan penyakit kronik anak-anak zaman sekarang. Ekzema, asma, resdung, obesiti, masalah fokus dan pembelajaran serta hiperaktif.

SOLUSI: Elakkan makanan proses dan jajan. Kurangkan gula, gandum proses macam roti dan biskut. Lebihkan sayur dan buah yang mengandungi antioksida yang mengurangkan stres dalaman.

Suplemen seperti vitamin C dan antioksida juga mampu membantu mengurangkan stres dalaman (oksidatif).



2. Stres punca persekitaran

Minyak rambut yang cool, wangian yang semerbak mungkin meningkatkan keyakinan dan "keamanan" sementara... Namun, bahan kimia toksik tertentu dalam jagaan badan ini boleh mengganggu hormon seterusnya meningkatkan stres dan risiko alahan. Begitu juga bahan pestisid dalam sayuran dan buahan..penting untuk kita bersih dengan sebaiknya.

SOLUSI: Utamakan produk organik dan alami semampu yang boleh. Ikhtiar kurangkan beban toksik dengan basuh buah dan sayuran dengan gigih dan teliti.



3. Stres punca hormon terganggu.

Keseimbangan aktiviti hormon dalam badan dikawal oleh hormon tidur (melatonin) dan hormon jaga (kortisol). Maka berilah keadilan kepada tubuh untuk rehat di waktu malam dan membuat aktiviti di siang harinya. Bebanan toksik stres akan lebih mampu diadaptasi badan dengan lebih berkesan insha Allah.

SOLUSI: Disiplin anak tidur awal lepas isya' ikut fitrah waktu tidur. Tidur sekurangnya 7 jam atau 5jam+20min(qailulah).

Penting tak sentuh emosi? Eh sudah tentu sangat penting. Itulah bonding fitrah apa yang sepatutnya kita ikhtiar dengan anak-anak kita.

Cuma percayalah, jika keperluan tubuh badan anak kita pandang remeh...amatlah sukar nak dalami dan ubati emosi anak-anak. Kadang kita marah kan...nape la anak aku ni bengkeng tak cool macam aku... Rupanya kita terlepas pandang faktor emosi anak kita jadi stres...rupanya faktor fizikal badan tengah stres!

Kesannya bila kita cakna tubuh? Sangat-sangat ketara. Pantang gula dan gandum 2 minggu je insha Allah dah nampak perubahan ketara. Tak malnutrisi pun jika tak ambil makanan rendah zat ni.

Jom kita pulihkan emosi anak kita yang berkecamuk..laksanakan tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa prihatin.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen