Anak Suka Memanjat Dimana-Mana, Jangan Risau Ada Kebaikan Disebalik Bahaya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak-anak yang masih kecil ini sememangnya aktif. Semua benda mahu dicubanya. Itu belum kira lagi yang baru sahaja ‘dapat kaki’ semua tempat dia nak jelajah. Anak-anak ini sememangnya tidak reti takut sehinggakan ibu bapa yang terlalu takut melihat anak mereka sebegini. Mana tidaknya nanti jatuh luka macam mana pulak kan.

Ada anak suka berlari, dan ada anak juga suka memanjat. Ramai yang risau kalau anak suka memanjat ini. Tapi disebalik keburukan yang ibu bapa nampak akan sikap anak-anak yang suka memajat ini, ada kebaikan yang ibu bapa tidak tahu.

Mari ikuti perkongsian dari Pediatric Occupational Therapist, Pn. Maryam Jamadi akan kebaikan yang anak-anak perolehi dari memanjat ini.



"Anak saya pantang nampak tangga, sofa ataupun benda yang bertingkat mesti nak panjat"
"Anak saya lasak tak reti duduk diam, kalau pergi rumah orang semua tempat nak dipanjat"
"Kalau pergi shopping mall, suka sangat nak main turun naik tempat yang bertangga walaupun sedikit"

Anak suka memanjat bukanlah satu tanda yang menunjukkan anak ada masalah tapi ia adalah salah satu skil yang penting dalam perkembangan motor kasar. Selalunya skil memanjat ini akan bermula sejak anak mula belajar merangkak semasa umur 7-10 bulan.



Bayi, walaupun kita tak ada arah untuk buat apa-apa pun mereka akan mencari cara tersendiri untuk perkembangan mereka. Contohnya skill menyusu bagi bayi yang normal, tak perlu pun ajar bayi menghisap susu selepas lahir sebab mereka dah ada kebolehan menghisap disebabkan "sucking reflex" yang Tuhan dah kurniakan kepada mereka sejak lahir.

Sama juga macam memanjat, kita tak arah atau ajar pun anak untuk memanjat tetapi disebabkan perasaan tercari-cari rangsangan ataupun "seeking sensation" terhadap deria vestibular (pergerakan dan keseimbangan) menyebabkan mereka suka memanjat.

Perasaan untuk memanjat memang normal dan memanjat adalah satu KEPERLUAN dalam perkembangan anak. Perbezaan dulu dan sekarang, dulu zaman kita mak ayah bebas bermain di luar. Panjat pokok, bebas pergi ke taman untuk panjat tangga gelongsor ataupun "monkey bar" setiap petang dan sebagainya.

Mak Ayah Terlalu Sayangkan Anak.

Zaman sekarang, kebanyakan mak ayah sibuk bekerja waktu siang bila balik rumah dah penat tak larat nak bawa anak ke taman. Nak beri anak keluar seorang diri, risau dengan kes-kes jenayah yang semakin banyak sekarang. Jadi, anak tak ada cara lain untuk memenuhi keperluan deria vestibular selain memanjat di dalam rumah.

Tapi mak ayah....

1. Anak nak naik turun tangga dirumah dihalang sebab takut anak jatuh, takpun didukung terus. Ada kes yang saya terima, ada yang umur 2 tahun tak pernah diberi naik tangga.

2. Anak nak panjat grill rumah, kena marah siap kena rotan.

3. Anak panjat sofa, kena marah sebab takut sofa rosak.

4. Anak panjat meja, kena marah takut jatuh.

5. Anak nak panjat tangga gelongsor ditaman, mak ayah kata "esok, esok" tapi tak ada juga bawa. Bila anak merengek nak keluar ke taman, mak ayah buka tv dan beri gadget untuk hilangkan "kempunan" memanjat anak.

Jadi, bila masanya anak nak belajar memanjat?

Macam mana anak nak belajar mengenal ketinggian dengan betul sekiranya tak diberi kebebasan memanjat ataupun tak pernah memanjat?

Sampai bila kita larat nak dukung anak setiap kali nak turun naik tangga?

Sampai bila kita nak angkat anak bila ada longkang walaupun longkang kecil?

Kalau kita tak ada, macam mana anak nak belajar berdikari kalau duduk di atas mangkuk tandas pun gayat?



Anak-Anak Berdepan dengan Masalah Keseimbangan Diri.

Ramai klien saya yang mengadu anak suka memanjat, ada yang sehingga umur 5 tahun. Apabila melalui ujian penilaian, kebanyakannya ada masalah hyposensitif atau hypersensitif terhadap deria vestibular yang menyebabkan masalah-masalah lain berkaitan pergerakan dan keseimbangan diri seperti

1. Mudah terjatuh kerana tidak boleh mengagak ketinggian lantai.

2. Mengelak/Tak nak duduk di buaian.  -Takut apabila kaki tak jejak tanah.

3. Lambat/ perlu bantuan pemegang tangga semasa naik turun tangga walaupun sudah umur 5 tahun.  -Perlu tengok dan teliti setiap anak tangga.

4. Takut untuk duduk di mangkuk tandas, menyukarkan proses belajar bebas diaper. -Nampak lubang tandas terlampau dalam macam nak makan orang

5. Takut untuk lintas longkang walaupun longkang yang kecil. -Nampak longkang macam nak makan orang juga.

6. Takut/tak takut terhadap ketinggian. -Gayat atau tidak ada perasaan gayat.

7. Mudah mabuk dengan kenderaan bergerak. -Sensitif terhadap pergerakan.

8. Suka pusingkan diri sendiri. -Tercari-cari ransangan deria vestibular dan sukakan pergerakan.

9. Tidak pandai melompat di usia atas 3 tahun. -Gayat dan tidak pandai seimbangkan diri.

10. Kaki berpaut kuat di kaki kerusi semasa duduk di atas kerusi. -Gayat.

11. Perlu bersandar untuk memakai seluar walaupun di usia 5 tahun ke atas. -Masalah terhadap keseimbangan diri.



Di atas ini adalah tanda-tanda yang biasa berpunca daripada masalah deria vestibular. Jika anak ada masalah diatas dan suka memanjat, maksudnya keperluan memanjat anak belum cukup lagi. Anak masih belum yakin dengan ketinggian, sebab itu dia akan cuba, cuba dan cuba lagi dengan cara memanjat. Selalunya bila anak sudah yakin dengan ketinggian dan percaya terhadap kebolehan diri sendiri perasaan nak memanjat itu akan berkurang melainkan ada masalah lain.

Jika kita mak ayah dulu masa kecil suka memanjat pokok atau grill rumah, anak pun perlu juga sama. Jika kita terlampau sekat keperluan anak, ini tak boleh atau itu tak boleh memang ia akan mengganggu perkembangan anak kalau bukan masalah di perkembangan motor kasar, kadang-kadang akan timbul masalah skil percakapan. Kalau tak larat nak bawa anak ke taman setiap petang, luangkanlah masa layankan anak memanjat tangga di rumah sambil support anak di belakang seawal anak mula nak memanjat. Tak perlu lama berjam-jam pun, 2-3 round sehari pun dah cukup sambil-sambil kita naik turun tangga.



Kepentingan Memanjat Buat Anak-Anak.

Mungkin orang lain nampak skil memanjat ini remeh tapi bagi saya, ia sangat bagus untuk perkembangan anak. Kalau saya senaraikan semua boleh jadi 1 buku, jadi di bawah ini contoh kepentingan memanjat

1. Skil urus diri.

Apabila pakai seluar anak perlukan deria vestibular yang bagus untuk seimbangkan diri menggunakan 1 kaki. Ada yang kata, tak apa sebab anak pakai seluar secara duduk. Tapi sampai bila nak duduk? Nanti ke sekolah, takkan nak pakai seluar duduk di tandas?

2. Deria sendi.

Apabila memanjat secara tak langsung anak akan dapat "deep pressure" di telapak tangan dan jari-jari. Sangat penting untuk skil motor halus yang digunakan dalam seharian seperti memakai butang baju, makan nasi menggunakan tangan dan sudu dan skil menulis.

3. Motor kasar.

Yang digunakan untuk naik turun tangga dan skil bermain, menyepak bola dan bermain tenteng.

"Sayang" anak boleh, tapi jangan terlampau sekat keperluan anak. Kalau takut anak jatuh naik turun tangga, bantu anak untuk belajar bukannya sekat 100%. Kita tak selamanya hidup nak duduk dan support di belakang anak semasa naik turun tangga. Kita juga tak selamanya kuat nak dukung anak setiap kali naik turun tangga.

Konsep sama macam kupu-kupu, niat nak tolong keluarkan kupu-kupu dari kepompong tapi kesannya kupu-kupu terus tak dapat terbang.

Terima kasih, silakan SHARE sekiranya bermanfaat untuk diri dan orang lain.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen