Lemon Kaya Dengan Vitamin C Serta Bekalkan Nutrien Diperlukan Tubuh Badan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang mengetahui bahawa lemon ini berasa masam dan tidak ramai yang akan menggemari rasa masam ini berbanding rasa manis. Walaupun memiliki rasa yang agak masam, lemon ini kaya dengan nutrient yang tinggi serta ia dapat membantu dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Apa yang lebih menarik lagi adalah dengan hanya merendamkan lemon ke dalam air putih dan mengamalkan setiap hari cukup memberi banyak manfaat kesihatan. Bukan itu sahaja jus lemon juga, minuman rendah kalori dan berupaya mengawal tubuh badan daripada kesan dehidrasi.

Pelbagai faedah diperoleh dengan mengamalkan minuman lemon dalam menu harian anda. Di bawah antara manfaat lemon untuk kesihatan seperti dicadangkan oleh pakar pemakanan di Edison Institute of Nutrition, Kanada.



1. Meningkatkan kualiti kesihatan kulit.

Lemon adalah pembekal Vitamin C yang memainkan peranan penting untuk kesihatan kulit. Setiap orang mempunyai protein dalam badan yang juga dikenali sebagai kolagen. Vitamin C yang terkandung dalam lemon membantu mengekalkan keanjalan kulit. Pengambilan Vitamin C, memberi badan nutrien diperlukan untuk mengekalkan kulit yang sihat.



2. Lancar sistem pencernaan.

Amalkan secawan air lemon hangat setiap pagi sebelum mengambil sebarang makanan. Amalan ini mampu mengaktifkan sistem pencernaan.

Asid sitrik yang ditemui dalam lemon menambah asid secara semula jadi dan membantu memecahkan makanan. Sambil menghirup minuman lemon panas secara tidak langsung bertindak sebagai pelembut dalam sistem pencernaan.

Amalkan secawan air lemon hangat setiap pagi sebelum mengambil sebarang makanan mampu mengaktifkan sistem pencernaan. 



3. Tingkat sistem imun dan mencegah penyakit.

Vitamin C bertindak sebagai menyokong sistem imun yang sempurna. Apabila sistem imun berfungsi secara optimum, tubuh badan kurang terdedah kepada jangkitan terutama selesema. Menambahkan jus lemon ke dalam air adalah cara mudah mengambil pengambilan C dalam diet harian.

4. Menghindari pembentukan batu karang.

Lemon kaya kandungan asid sitrik, membantu menghalang pembentukan batu karang yang terbentuk disebabkan pengambilan kalsium yang tinggi.

Walaupun tidak dibuktikan produk lemon meningkatkan tahap sitrat dalam air kencing, sitrat memainkan peranan dalam proses pembentukan batu karang.

Semakin rendah tahap, semakin tinggi peluang untuk mengembangkan batu karang. Oleh itu pengambilan lemon dalam menu harian menurunkan kandungan kalsium dalam badan.



5. Menambah perisa, makanan dan minuman secara semula jadi.

Menambah lemon ke air dan makanan adalah cara sihat menikmati air kosong. Anda juga boleh menambah kreativiti dengan menambah buah-buahan lain seperti limau, irisan oren, atau strawberi. Jika minuman atau makanan anda terlalu tawar, boleh ditambah dengan sedikit madu.

Hirisan lemon dalam air kosong juga dilihat sebagai tarikan untuk anda terus menikmati minuman berkenaan bagi mengelak berlaku dehidrasi.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen