Jangan Simpan Skincare Di 3 Tempat Ini, Ia Mungkin Akan Memudaratkan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pasti ada beberapa skincare yang merawat kulit wajah mereka bukan. Walaupun tidak banyak, tetapi pasti ada yang sesuai dan kerap digunakan dalam rutin harian. Ini kerana, skincare mampu menjaga dan melindungi kulit wajah.

Tidak ramai yang tahu bahawa skincare ini tidak boleh disimpan di tempat yang salah. Ternyata tidak semua tempat sembarangan boleh menyimpan skincare tau. Jom kita semak mana tahu anda juga tersalah simpan dan mungkin ia akan memudaratkan anda.



1. Menyimpan Skincare Di Dalam Peti Ais



Sesetengah orang suka menyimpan skincare di dalam peti ais untuk membuatkan skincare tersebut tahan lama dan sejuk bila dipakai. Kesan dingin pada skincare ketika dipakai memang terasa sedap dan nyaman. Namun tidak semua skincare boleh simpan di dalam peti ais ye.

Perhatikan baik-baik kandungan yang ada dalam bahan skincare, apakah harus disimpan dalam suhu bilik ataupun dalam keadaan dingin agar kandungannya tetap terjaga dengan baik. Jangan biarkan kesalahan menyimpan skincare ini terjadi.

2. Menyimpan Skincare Di Bilik Mandi



Kebanyakkan orang akan menyimpan skincare di bilik mandi agar mudah digunakan ketika mandi. Inilah kesalahan menyimpan skincare yang kerap terjadi. Tapi anda perlu ambil tahu udara lembap di bilik mandi akan membuatkan kandungan skincare berubah dan hilang khasiatnya. Oleh kerana itu, seeloknya jangan simpan skincare dalam bilik mandi.

3. Menyimpan Skincare Terdedah Dengan Direct Sunlight



Mungkin anda sudah simpan di tempat yang betul, namun perlu diawasi kerana takut terkena direct sunlight yang menembusi tempat tersebut dan boleh mempengaruhi kandungan skincare. Suhu yang tinggi boleh membuatkan kualiti skincare menurun. Tambah pula jika skincare tersebut mengadungi vitamin C, retinol, dan benxoyl peroxide.

Sama juga dengan skincare yang mengadungi bahan natural dan organik, perlu dititikberatkan kerana kandungannya amatlah sensitif.

Sudah beli mahal-mahal tak akan anda mahu membiarkan ia memberi keradangan pada kulit wajah anda hanya kerana kesalahan menyimpan skincare sahaja. Jadi inilah masanya anda perlu lebih “take note” dengan semua skincare yang anda miliki.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen