10 Bahan Ini Tidak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk, Ia Mudah Rosak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam setiap rumah pasti memiliki peti sejuk untuk memudahkan penyimpanan bahan mentah serta bahan makanan yang mempunyai jangka hayat yang pendek. Namun begitu, kita sering kali tersilap dengan menganggap bahawa semua barang boleh diletakkan di dalam peti sejuk untuk memastikan ianya kekal lama.

Sebenarnya, jika anda meletakkan barang yang tidak sepatutnya, ia hanya akan membuat peti sejuk berbau malah akan menyebabkan kualiti bahan makanan itu rosak dengan lebih mudah.

Berikut adalah 10 bahan yang tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.



1. Bawang.



Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipoting atau dihiris. Simpan bawang di rak dapaur dalam bekas yang kering.

2. Kentang.



Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar perti sejuk dalam keadaan kering.

3. Sos.



Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suuhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.

4. Roti.



Menyimpan roti dalam peti sejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lainyang ada dalam peti sejuk.

5. Makanan dalam tin.



Jika masih ada makanan dalam tin yang berbaki, elok ia dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastic dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

6. Makanan panas.



Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.

7. Rempah ratus.



Eakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti sejuk. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.

8. Mentega.



Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.

9. Madu.



Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.

10. Bahan bukan makanan.



Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.

Rujukan: News Australia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen