Koleksi Doa-doa Untuk Minta Jodoh.

Oleh: Rafi

Berdoa bukan sahaja untuk dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, tetapi berdoa untuk meminta jodoh juga boleh! Bukankah jodoh itu merupakan salah satu rezeki buat kita. Rezeki yang akan bersama-sama kita menempuhi hidup di dunia ini. Jika anda hendak memilih jodoh, pilihlah seorang yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Jangan pernah memilih seseorang berdasarkan paras muka dan harta dunia. Ketahuilah kecantikan, keindahan paras hati dan kekayaaan harta akhirat lebih penting.



Pastikan jika hendak memilih jodoh, doakan juga supaya dikurniakan jodoh yang baik akhlaknya, budi bahasanya dan bersopan santun. Bagi individu yang masih bersendiri, kami kongsikan beberapa doa daripada AlQuran dan ulama yang anda boleh amalkan untuk meminta jodoh buat diri anda. Sebaiknya amalkan selepas solat ya kerana doa selepas solat merupakan antara doa yang dikabulkan oleh Allah S.W.T.


'Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a'yuniw, waj'alna lil muttaqiena imaamaa.' AlQuran Al-Furqaan:74
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh (isteri-isteri) kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa


'Robbi laa tadzarni fardan wa antakhoirul waaritsin'
Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.


'Robbi hablii milladunka zaujatan thoyyibah akhtubuha wa atazawwaj biha watakuna shoohibatan lii fiddiini waddunyaa wal aakhiroh'
Ya Robb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.


'Robb i hablii milladunka zaujan thoyyiban wayakuuna shoohiban lii fiddiniini waddunyaa wal aakhiroh'
Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.



'Allaahummaftahlii hikmataka wansyur 'alayya min khozaa ini rohmatika yaa arhamar-roohimin'
Ya Allah, bukakanlah bagiku hikmah-Mu dan limpahkanlah padaku keberkahan-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang.


'Robbi innii limaa anzalta ilayya min khoirin faqirr' Al-Quran Surah Al-Qasas:24

Ya Robb, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.

'Hasbunalloh wani'mal wakiil ni'mal maula wani'man nashiir' Al-Quran Al-Imran:173

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Bagi yang masih sendiri, janganlah bersedih melihat kebahagiaan rakan-rakan. Saat kebahagiaan anda akan tiba juga. Jangan putus asa dan teruskan berdoa memohon kepada Allah tentang hajat hati anda. Bukankah Allah telah berfirman tentang kejadian manusia, haiwan yang berpasang-pasangan? Pasti janji itu akan ditunaikan. InsyaALLAH.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen