Bahana Apabila Tidak Mengasingkan Tempat Tidur Anak Dengan Ibu Bapa. Hati-Hati!

Anak-anak yang masih kecil pasti dalam ketakutan ketika mahu tidur pada waktu malam berseorangan, jadi situasi sebegini membuatkan para ibu bapa berasa bersalah dan membawa mereka tidur bersama. Akan tetapi hal ini sebenarnya perlu dititiberatkan supaya anak-anak mengetahui bahawa tempat tidur ibu bapa adalah tempat privasi.

Nampak seperti tiada masalah akan berlaku, akan tetapi ia mendorong anak-anak akan mengetahui segala perilaku ibu bapanya dalam keadaan ibu bapa tidak sedar. Kelihatan anak-anak tidur dengan lena, namun tidak menjamin mereka tidak sedar sehingga ke esok pagi.

Image result for peeking under blanket

Bahana yang akan berlaku adalah, anak-anak akan tersedar dan melihat kedua ibu bapanya melakukan hubungan intim dimana ia akan menjejaskan psikologi anak-anak. Bukan sahaja terlihat, bunyi-bunyian juga akan menganggu fikiran mereka, dan mendorong rasa ingin tahu yang sangat kuat.

Kesannya, anak-anak mudah terikut dan melakukan bersama rakan sebaya pula. Tidak hairan sekiranya hal ini terbawa-bawa sehingga mereka muda remaja.

Oleh sebab itu, pendidikan seks perlu diterapkan pada anak-anak dimana mengasingkan tempat tidur itu amat penting ketika anak-anak sedang membesar.

Dalam membentuk keluarga Islam juga, pendidikan ini amat penting supaya anak-anak tidak terjebak dengan gejala sosial seperti pada masa kini. Ia amat membimbangkan para ibu bapa, namun tidak pula dimulakan dahulu dalam kawasan rumah seperti…

  • Mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan anak-anak.
  • Mengasingkan tempat tidur antara adik-beradik lelaki dan perempuan.
  • Mengingatkan aurat anak-anak.
  • Memantau apa yang ditonton oleh anak-anak pada semua gajet.
  • Malah adegan romantik antara suami isteri juga JANGAN terlalu intim di depan anak-anak. Sekadar peluk, pegang tangan antara suami isteri sudah menunjukkan bahawa anda ibu bapa yang bahagia di depan anak-anak.

Sebagaimana Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu),

dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari,

dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).

Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (An-Nur: 58)

Daripada ayat di atas sudah dijelaskan bahawa pendidikan asas di dalam rumah. Maka, bilik ibu bapa adalah tempat yang paling banyak menyimpan rahsia antara suami isteri dimana orang luar juga bukan sesuka hati boleh masuk begitu sahaja. Sedangkan anak kecil perlu meminta izin, apatah lagi orang luar.

Oleh sebab itu, ajarlah anak-anak sejak dari kecil untuk mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk ke bilik anda kerana boleh jadi ia adalah masa untuk suami isteri bersama, dan tidak sepatutnya dilihat oleh anak-anak kecil.

Adab ini mestilah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka mestilah mememinta izin dalam tiga keadaan iaitu...

  • Di waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di atas tempat peraduan mereka
  • Di waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya
  • Di waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu berehat

Sekiranya anak-anak sudah baligh dan cukup akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan pendidik untuk mengajar mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut sesuai dengan firman Allah yang bermaksud…

“Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen