Antara Ragaman Anak-Anak Yang Ibu Bapa Perlu Hadapi.

Bagi mereka yang mahu menamatkan zaman bujang, pasti merasakan tidak sabar untuk menimang cahaya mata pula. Melihat anak-anak kecil pasti terdetik di dalam hati untuk melayan kerenah mereka dan memenuhi permintaan yang mereka mahukan. Daripada mata kasar seolah-olah mudah sahaja untuk menjaga anak kecil, hanya dengan pemberian hadiah seperti ais krim pasti bersikap baik.

Namun sebenarnya, anak-anak kecil mempunyai pelbagai ragaman yang tidak disedari oleh pasangan yang baru berkahwin. Malah sebenarnya sikap anak-anak adalah datang dari diri sendiri ketika masih kecil dahulu.

Itulah cabarannya.

Bagaimana mak ayah kita melayan ragaman kita waktu kecil dahulu kan?

1. Sentiasa menangis.

Pada usia bayi, anak kecil ini masih lagi tidak tahu berjalan dan berbicara. Pastinya komunikasi antara bayi dan ibu bapa menjadi terhad. Untuk anak yang sulung pasti ia menjadi cabaran dan sebagai pengalaman pertama dalam menjaga mereka. Tersilap langkah dalam parenting, ia akan memberi impak pada anak yang kedua dan sehinggalah anak-anak menjadi dewasa.

Untuk pasangan yang kurang berpengalaman pasti merasa sukar ketika mendengar bayi menangis, jika tidak diuruskan dengan betul situasi sebegini juga pasti akan berlakunya perbalahan.

2. Tidak tahu menunjuk reaksi yang sebenar.

Ketika anak mula bertatih dan mula mengenali ibu bapanya, mereka sedaya upaya mahukan sentuhan belaian daripada ibu bapa. Sekiranya tidak rapat dengan ibu bapa, tidak mustahil anak-anak lebih rapat dengan atuk/nenek atau saudara yang lebih rapat. Jadi, jika tidak mempunyai hubungan yang rapat secara tidak langsung anak-anak tidak tahu untuk memberi reaksi yang betul kepada kedua ibu bapa nya.

Atuk dan nenek yang menjada daripada kecil, kenapa aku perlu gembira ketika dengan ibu bapa?

3. Tantrum.

Tantrum ketika anak-anak masih kecil, amat berbeza dengan tantrum anak-anak ketika remaja. Namun, konsepnya sama iaitu mahukan permintaannya dikabulkan. Jika bukan sekarang, pada kemudian hari pasti akan dituntut.

Anak-anak mula menunjukkan Temper Tantrum ketika di awal usia 15 bulan. Jika ia berlanjutan, tidak hairan atas 5 tahun pun, ada anak-anak masih menunjukkan sikap sebegini. Apatah lagi pada usia remaja.

Cabaran anak kecil tantrum adalah dengan membaling barang sahaja. Apabila meningkat remaja, anak-anak mula menggunakan bahasa kasar, memberontak seperti orang hilang akal hanya kerana kurang kasih sayang daripada kedua ibu bapanya.

4. Mahukan perhatian ketika memiliki adik.

Antara ragaman yang mencabar untuk ibu bapa hadapi adalah mahukan perhatian ketika memiliki adik pula. Pada waktu ini, si abang atau si kakak mahukan pelukan, tidak boleh dikritik, tidak boleh diberi arahan, malah tidak boleh dibandingkan. Jika dibandingkan, mereka akan merasakan kedua ibu bapanya tidak memberi kasih sayang yang secukupnya.

Oleh sebab itu, buatlah perancangan keluarga. Pada anak usia berapa, untuk tambah bilangan anak pula. Jangan terlalu rapat, dan jangan pula terlalu jauh.

5. Tidak mahu ke sekolah.

Dan yang paling mencabar adalah untuk menghantar anak-anak ke sekolah pula. Anak-anak mula menjadi clingy dan tidak biasa bertemu dengan orang asing dalam hidupnya. Pada awalnya, ia agak mencabar pada kedua ibu bapa, kerana anak-anak akan:

  • Menyisihkan diri mereka daripada kawan-kawannya.
  • Sering jatuh sakit.
  • Tidak mahu mendengar kata cikgu.

Oleh Yang Demikian, Persiapkan Diri Anda Sebagai Ibu Bapa Dengan Ilmu Keibubapaan!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen