“Ubah Mind Set Dulu Sekiranya Mahu Bahagia…” -Ustaz Iqbal Zain-

Sebagai manusia biasa, kita sering mengharapkan pergantungan dari insan lain untuk merasa bahagia. Mahukan mereka memberi lebih supaya kita berasa bahagia. Mahukan mereka memberi kegembiraan, supaya kita merasa bahagia.

Sehingga kadang-kala kita dapat rasa kenapa orang tersebut mampu hidup gembira dan bahagia, namun tidak aku?

Dan daripada situ mula membandingkan kehidupan sendiri dengan kehidupan insan lain. Sebenarnya, untuk bahagia, ubah mind set sendiri dahulu seperti perkongsian dari Ustaz Iqbal Zain ini…

********

Image may contain: 1 person, sitting

Kehidupan Rumah Tangga.

Kadangkala ada orang melihat rumah tangganya penuh dengan porak peranda dan dia berkata kenapa aku yang dapat rumah tangga yang macam ni, kenapa aku dinikahkan perempuan atau lelaki seperti neraka didalam rumah ini. Kenapa bukan orang lain yang rumah tangga seperti ini.

Kenapa rumah tangga semua orang bahagia je kenapa aku tidak.

Mindset itu sudah salah.

Sepatutnya dia bergembira dengan nikmat yang Allah SWT berikan pada orang lain.

Dia berkata lagi, kenapa Allah bagi aku penyakit, kenapa aku yang terkena musibah, kenapa aku yang rugi, kenapa tak orang lain?

Itu pun dah salah sebab nak orang lain dapat penyakit, musibah, rugi dan sebagainya.

Mindset yang salah sebagai mukmin yang benar dan sempurna. Kerana apa?

Kerana Rasulullah SAW bersabda;

“Tidak sempurna iman kamu selagi mana kamu kasih apa sahaja untuk diri kamu itu juga kamu kasih pada orang lain. Bermakna kalau kita suka diri kita terlepas dari musibah. Maka kita juga suka orang lain terlepas dari musibah. Kalau kita suka diri kita dapat nikmat Allah , maka kita juga suka orang lain mendapat nikmat Allah”

Apabila kita suka diri kita terlepas dari bermacam penyakit, penyakit-penyakit kronik, perkara itu juga kita harap pada orang lain.

Agar orang lain juga hidup sejahtera, sihat walafiyat aman dan damai. Lihat siapa yang datangkan ujian tersebut disitu terlahirnya Redha. Sebab itu sifat Redha lebih tinggi daripada sabar.

Kerana sabar itu hanya menanggung dan menahan musibah dan ujian tersebut.

Tapi Redha bukan setakat menahan dan menanggung, tetapi Happy pula dengan Allah.

Gembira dengan ketentuan Allah .

Berkata Ahlan wasahlan, Selamat datang, dengan ujian tersebut tanpa pertikaikan Allah.

Tanpa protes dengan pembahagian dan pengagihan Allah, Yang Maha Adil, yang Maha Pangasih, yang Maha Penyayang.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen