Anak Tak Akan Belajar Sayangi Diri Mereka Sendiri Kalau Mereka Tidak Belajar Perasaan Disayangi Oleh Orang Lain.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai ibu bapa, kita sememangnya sayang akan anak kita ini. Mana tidakya, ada sesetengah orang menunggu bertahun-tahun untuk memiliki anak seorang, ada sesetengah orang menunggu beberapa bulan sahaja untuk memiliki anak. Semua hanya bergantung pada rezeki masing-masing tetapi ia tetap sesuatu yang ditunggu.

Jadi apabila sudah dapat seorang itu, pastilah akan sayang sangat-sangat sampai tidak tahu nak gambarkan macam mana. Ada yang sampai uncap sayang dekat anak itu siang dan malam tetapi, adakah anak kita itu merasai kasih sayang yang kita ucapakan itu.



Menurut Occupational Therapist, Puan Maryam Jamadi, kasih sayang itu subjektif. Anak-anak tidak memahami kata-kata sayang tetapi mereka ini mampu merasai kasih sayang. Jadi adalah lebih baik ibu bapa tunjukkan kasih sayang itu berbanding hanya meluahkan melalui kata-kata sahaja.



Kita kata pada anak yang kita sayang pada anak. Tapi anak yang masih kecil tak faham pun apa itu "Saya sayang awak" ataupun "I love you". Bila anak meragam, kita kata pada anak "tak sayang ibu ke?".

Anak yang masih kecil terpinga-pinga dan tertanya apa itu 'sayang".

Adakah sayang itu hanya apabila dia tak meragam?
Adakah sayang itu apabila dia makan habis semangkuk?
Adakah sayang itu hanya diucap sebelum tidur ataupun sebelum mak ayah keluar bekerja?
Adakah sayang itu hanya bila ber"video call"?

Cuba kita tanya diri sendiri, sayang itu apa? Saya sendiri tak boleh jelaskan apa itu sayang sebab perasaan sayang subjektif dan berbeza setiap orang.

Ada orang rasa sayang itu apabila kita sanggup berkorban nyawa.
Ada orang rasa sayang itu ditunjukkan dengan material.
Ada orang rasa sayang itu ditunjukkan dengan pengorbanan masa.

Kalau kita tak ajar anak apa itu sayang, macam mana anak nak faham apa itu sayang? Apatah lagi nak belajar sayang diri sendiri?

Sebab realitinya "sayang" itu mudah diucapkan tetapi susah untuk ditunjukkan.

Maka, marilah kita mak ayah tunjukkan anak kasih sayang kita dengan cara kita. Binalah memori manis semasa anak kecil sebab itu sahaja yang akan tinggal bila anak semakin membesar. ❤

Selamat menunjukkan kasih sayang kepada anak.

Semoga bermanfaat.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen