Ibu Ini Kongsi 9 Cara Develop Social Skill Anak-Anak Yang Berumur Kurang Dari 2 Tahun.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata anak yang masih kecil lagi ini memang seronok bermain dengan mereka ini. Sampaikan kadang kala leka ibu bapa melayani karenah anak-anak ini. Ada yang baru mula belajar jalan, ada yang baru mula belajar bercakap dan pelbagai lagi lah, pasti ia akan memberi moment indah buat ibu bapa.

Tapi mampu ke ibu bapa tumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak mereka ini walaupun setelah penat berkerja? Ini kerana, sesetengah ibu bapa akan memberikan anda mereka gadget berbanding melayani celoteh dan karenah anak-anak, terutama selepas pulang dari kerja.

Mak ayah kena tahu, saat anak mula 7 bulan sehingga 2 tahun anda perlu mula membina social development mereka. Di mana, ibu bapa perlu lebih banyak berkomunikasi dengan mereka bukan beri mereka gadget untuk membuat mereka duduk diam.

Ibu ini, Puan Ain Zul berkongsi beberapa cara develop social skill anak yang masih kecil dengan cara yang mudah.



Dah lama tak sharing pasal budak-budak kan.

Aileen pun dah nak masuk setahun 7 bulan dah.

Sapa ada anak sebaya umur Aileen?

Yang penting parents kena tau umur macam sekarang ni la sangat critical untuk ajar anak lelagi pasal social development - maksudnya macam nak ajar anak interact dengan soalan, ikut arahan mudah, belajar bercakap atau nak interact dengan kawan-kawan.

Umur setahun hingga 2 tahun ni biasanya anak dah boleh sebut perkataan pertama, bila dah 2 tahun tapi tak bercakap, tu di kira tak normal ye parents. Please seek advice.



Papepun umur setahun lebih macam ni, boleh dah ajar anak;

1. Buat bunyi simple, macam kucing meowwww, dog auuuuuu, itek kwek kwek

2. Ajar tunjuk body parts - tanya anak mana kepala?

Tangan? Hidung?

2-3 bahagian dah cukup kalau anak dapat tunjukkan

3. Ajar anak ikut arahan simple contohnya buang sampah, letak baju dalam bakul, ambil pinggan, suap daddy

4. Isyarat gerakan macam bye-bye, flying kiss, give me 5, tadah tangan dan amin doa

5. Ajar gerakan mudah contoh melalui lagu rhymes

If you happy.........clap your hands dan anak boleh tepuk sama-sama

6. Ajar anak main outdoor dengan pasir, rumput dan sebagainya. Limitkan gadget senang citerla kan

7. Ajar anak makan dengan tangan sendiri, takpe biar comot yang penting dia belajar

8. Ajar anak untuk pandai minta benda penting macam susu, air, nak bobok, nak, no dan sebagainya

9. And just tambahan tuk Aileen, mummy ajar rutin sebelum tidur kena kemas toys, sebelum tinggalkan living room make sure toys simpan. Kalau tak silalah tadah telinga dengan halilintar guruh petir mummy bebel sekali ngan daddy pun kena sound.

Boleh #share silakan, takyah mintak kebenaran mummy.

Hurmmm mummy rindu pulak jumpa budak-budak comel kat klinik


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen