Walaupun Teruja Ketika Sedang Lakukan Persiapan Perkahwinan, Adalah Lebih Baik Tidak Dihebohkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan sememangnya saat yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Mana tidaknya, ia salah satu kenangan yang indah dalam hidup setiap orang. Sekiranya boleh, pasti ramai di antara kita mahu berkahwin sekali sahaja dalam seumur hidup mereka. apa yang akan memberi kesan adalah saat melakukan persiapan perkahwinan, mana tidaknya persiapan ini akan memakan masa berbulan-bulan.

Mungkin kerana rasa teruja dan gembira, ramai orang memilih untuk berkongsi di media sosial akan persiapan-persiapan yang sedang dirinya lakukan. Mana tidaknya, orang kata kegembiraan itu perlu dikongsi, tetapi tidak semua perlu dikongsi.



Mengapa persiapan perkahwinan tidak perlu dikongsi dan lebih elok jika dilakukan senyap-senyap sahaja?

1. Bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Tidak ada sesiapa yang tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Ini kerana, jodoh, maut dan rezeki itu di tangan Tuhan. Perkara sebegini sememangnya tidak diharapkan untuk berlaku tetapi adalah lebih baik jika kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Bagaimana jika anda sibuk menayang di media sosial tetapi tiba-tiba majlis tersebut terpaksa dibatalkan. Siapa yang akan menanggung malu?

2. Mungkin aka nada yang kecil hati apabila tidak mendapat undangan.

Apabila melihat anda begitu teruja menguruskan majlis perkahwinan anda, pasti ramai yang mahu pergi melihat kemeriahan majlis anda, tetapi anda hanya mengundang rakan-rakan yang terdekat sahaja. Pasti aka nada yang terasa hati apabila tidak mendapat undangan dari anda selepas melihat segala persiapan yang telah anda lakukan itu.

3. Ketika anda sedang bergembira, mungkin ada yang terluka.

Mungkin anda hanya mahu berkongsi pengalaman, serta rasa bahagia anda ketika majlis anda semakin hampir. Tetapi mungkin anda tidak sedar, dengan perkongsian yang anda lakukan itu akan melukakan hati orang lain. Sebagai contoh, mereka-mereka yang masih belum memiliki jodoh, mereka yang baru sahaja berpisah dengan pasangan mereka ataupun mereka yang terpaksa membatalkan majlis perkahwinan mereka.

4. Mungkin anda berasa terlalu gembira tetapi pasangan anda tidak selesa dengan perkara anda lakukan.

Majlis perkahwinan ini melibatkan dua bauh keluarga. Maka setiap kelakuan dan tindakkan anda perlu menjaga nama baik kedua-dua keluarga ini. Mana tahu bakal mertua anda tidak begitu selesa dengan tindakan anda, kan lebih baik jika anda lakukannya secara senyap-senyap.

5. Menguruskan perkahwinan ini agak rumit, lagi rumit jika ada campur tangan dari pihak lain.

Sedang anda sibuk menunjukkan kebahagiaan anda dan melakukan persiapan, tiba-tiba ada yang mengkritik apa yang anda lakukan itu. Pasti ia akan membuat anda berasa terkecil hati ataupun terasa ragu-ragu dengan perkara yang anda lakukan. Bukankah itu lebih menambah beban?

6. Tidak semua orang senang melihat anda gembira.

Perkara inilah yang paling tidak mahu terjadi. Tidak semua orang akan turut gembira melihat anda bahagia, pasti ada sahaja orang-orang yang kurang senang dengan anda dan mendoakan perkara yang buruk terhadap anda. Bukankah itu tidak elok.

Berkongsi kebahagiaan yang anda rasakan bersama pasangan itu pastinya menyenangkan, tetapi pada masa yang sama cuba untuk fikirkan kesannya juga. Daripada anda sibuk memberitahu segala persiapan anda, kan lebih elok jika anda dengan tiba-tiba menghantar kad undangan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen