4 Tanda Keretakan Hubungan Suami Isteri Yang Perlu Di Atasi Segera.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam hubungan rumahtangga ini ada pasang surutnya. Ada kala terasa begitu bahagia sampai tidak tahu bagaimana hendak diluahkan atau digambarkan tetapi ada kala akan terasa jauh hati atau rasa renggang. Perkara seebegini pasti akan terjadi dalam mana-mana hubungan sekalipun.

Namun begitu, jika tiba-tiba rasa jauh hati atau rasa mula renggang dengan pasangan jangan hanya biarkan sahaja. Nanti lama ke lamaan ia akan menjadi salah satu punca kepada masalah rumahtangga anda.

Apabila anda rasa hubungan anda dengan pasangan mula retak, lakukan sesuatu untuk memperbaiki hubungan tersebut. Jangan tunggu dirinya bertindak dahulu, biar sahaja anda lakukan tindakan dahulu. Jika anda segera lakukan sesuatu, maka anda mempunyai kesempatan untuk selamatkan rumahtangga anda.

Tapi bagaimana nak kenalpasti hubungan itu retak atau sebaliknya. Mana tidaknya takut-takut nanti hanya perasaan dan sikap overthinking sahaja. Mari ketahuinya.



1. Rasa tidak tenang bersama.

Perkahwinan diciptakan untuk membuat manusia lebih berasa tenang. Tetapi jika anda berasa tidak tenang bersama dengannya mungkin ada yang perlu anda teliti dan perbaiki. Carilah jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik dalam rumahtangga anda. Jangan biarkan sahaja rasa itu kerana ia akan menjadi salah satu masalah dalam rumahtangga anda kelak.

2. Terasa seperti bersama dengan orang asing.

Anda dan pasangan tidak semesra dulu. Kalau dulu perasaan cinta membuak-buak, tapi sekarang hubungan semakin bosan dan anda seolah-olah tidak mengenali pasangan. Walaupun tinggal sebumbung, tetapi anda dengannya merasakan seperti bukan suami isteri malah lebih kepada orang asing dan terasa janggal.

3. Kurang berkomunikasi.

Anda bercakap ketika perlu sahaja. Jarang sekali call atau whatsapp seperti dulu. Adakalanya anda rasa tiada topik untuk dibualkan dan anda lebih senang memendam masalah sendiri. Anda rasa lebih baik anda diam daripada bercakap perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran. Perkara ini yang bahaya pada hubungan. Ini kerana, perkara ini akan mula memakan dalam pada diri anda sendiri dan pasangan hingga menyebabkan hubungan yang ada itu sukar untuk dipulihkan.

Anda perlu tahu bahawa komunikasi ini adalah cara untuk mengeratkan hubungan sekaligus memahami pasangan dengan lebih baik.

4. Anda rasa tidak ada keyakinan diri.

Pasangan yang baik adalah pasangan yang akan sentiasa menyokong dan mengalakkan potensi diri anda. Jika pasangan anda membuatkan ‘self-esteem’ anda menjadi rendah, ada baiknya anda cepat-cepat cari penyelesaian bagi masalah ini.

Banyak pasangan yang sebegini, tetapi biasanya hanya simpan di dalam hati dan sabar terus sabar akhirnya memakan diri. Sebab itu pentingnya berkomunikasi dengan pasangan anda.

Ramai yang cuba untuk pertahankan hubungan kerana fikirkan anak-anak, maruah keluarga dan pelbagai lagi. Tetapi anda juga perlu fikirkan diri anda, kerana anda juga berhak untuk bahagia.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen