6 Tanda Anda Redha Masih Belum Bertemu Dengan Jodoh.

Setelah putus cinta berkali-kali sudah tentu sukar untuk bangkit dan move on begitu sahaja. Pasti sudah melakukan pelbagai kaedah untuk melupakan orang yang pernah kita sayangi dan cintai. Namun, apabila sudah bertahun-tahun lamanya waktu berlalu, tidak mustahil dapat melupakan bekas kekasih tersebut di atas keterpaksaan diri.

Di dalam keterpaksaan tersebut, dalam pada masa yang sama masih lagi belum bertemu jodoh, dan anda seperti sudah terbiasa dengan keadaan sebegitu. Lama-kelamaan anda menjadi terlalu selesa hidup membujang dan redha masih belum bertemu jodoh.

Ini tanda-tanda anda sudah redha masih lagi belum bertemu dengan jodoh…

1. Kata-kata umpatan sekeliling tidak diendahkan.

Oleh kerana sudah terlalu lama anda mengalami proses untuk merawat sembuh luka lama ketika putus cinta, malah mengambil masa yang lama pula untuk bercinta dengan orang baru, anda menjadi redha. Redha dengan ketentuan dan takdir daripada Allah SWT.

Bagi anda, ada jodoh pasti membahagiakan, tiada jodoh pun tidak mengapa, kerana anda seolah-olah sentiasa memikirkan tentang jodoh dengan ajal juga.

2. Persoalan jodoh dijawab dengan tenang.

Anda juga tidak lagi melenting, marah, mencebik bibir atau melarikan diri ketika ditanya tentang jodoh dengan perkahwinan. Bagi anda ianya hanya perkara kecil dan tidak perlu untuk berkecil hati, kerana mulut manusia tidak bisa ditutup.

Jadi, apa yang anda lakukan hanya senyum dan Masuk Telinga Kanan, Keluar Telinga Kiri.

3. Tidak lagi cemburu melihat pasangan bahagia.

Ketika anda baru lepas putus cinta ketika waktu dahulu, anda merasakan hati anda sakit apabila melihat couple atau pasangan yang telah berkahwin di hadapan anda. Jika mereka berkelakuan romantik antara satu sama lain, anda rasa macam nak muntah dan geli dengan adegan tersebut. Namun, sekarang semuanya hanya normal bagi anda.

Orang yang berpacaran dan berumah tangga, mestilah tunjuk bahagia. Tiada salah pun.

4. Umur semakin meningkat.

Salah satu tanda anda redha masih belum bertemu dengan jodoh juga adalah, kerana usia anda yang sudah meningkat. Apabila anda sudah berada pada peringkat usia yang matang, anda tidak lagi hanya memikirkan tentang jodoh sahaja dalam hidup. Terlalu banyak hal untuk difikirkan seperti ibu bapa, adik-beradik, sahabat handai, kerja di pejabat, kerja sukarelawan, kerja sampingan dan pelbagai lagi.

5. Kerja lebih penting.

Apabila kerja menjadi perkara nombor 1 dalam hidup anda, anda juga menjadi redha apabila masih belum bertemu dengan jodoh. Bukannya anda tidak fikir langsung tentang jodoh, namun ia bukanlah keutamaan dalam diri anda lagi. Yang penting adalah demi kebahagiaan hidup anda sendiri, malah anda juga yang perlu mencari rezeki membayar semua bil dan komitmen diri.

6. Tidak kisah telefon bimbit sunyi sepi satu hari.

Hal yang menjadi kebiasaan bagi mereka yang sudah redha tidak bertemu dengan jodoh adalah, tidak kisah apabila tiada notification langsung dari telefon bimbitnya. Jika ada notification sekalipun pasti daripada group whatsapp ataupun game.

Jadi, perkara tersebut tiada lagi keistimewaan.

Adakah Anda Redha Masih Belum Bertemu Dengan Jodoh Lagi?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen