5 Sebab Jaga Anak Pada Zaman Dulu, Tak Sama Macam Zaman Sekarang.

Dengan peredaran zaman, sudah pasti banyak perkara yang berubah termasuklah dalam cara mendidik anak. Untuk mengekalkan institusi kekeluargaan dengan keadaan yang harmoni, terdapat banyak kaedah baru untuk mendidik anak-anak seiring dengan teknologi terkini. Namun, semuanya perlu berlandaskan syariat.

Akan tetapi, dengan keadaan zaman sekarang, untuk menjaga anak-anak tidak semudah seperti zaman dahulu kerana…

1. Tiada pengaruh daripada internet.

Pada waktu dahulu, anak-anak kurang terdedah dengan dunia melalui internet. Semuanya akan terpengaruh hanya melalui kata-kata manusia yang meneroka dunia, melalui bahan bacaan dan televisyen sahaja. Dengan teknologi yang masih belum berkembang, anak-anak kecil sedikit sebanyak tidak tahu mengenai keadaan kelilingnya.

Apa yang ada di depan mata, itulah yang boleh dipercaya. Tidak lebih-lebih, dan tidak terlalu advance.

2. Dulu main permainan, hanya sekadar bemain.

Pada waktu dahulu, ibu bapa tidak terlalu risau dengan anak-anak lelaki dan perempuan bermain bersama, tidak kira apa jua permainan seperti masak-masak, kahwin-kahwin, anak patung, main di sungai dan sebagainya. Ini kerana mereka hanya sekadar bermain sahaja, tiada keinginan untuk membuat lebih daripada itu.

Tidak seperti zaman sekarang, main bersama-sama, tapi disebabkan dengan adanya pengaruh internet yang meluas, anak-anak mahu mencuba apa yang dilihat. Sebab itu ibu bapa lebih berhati-hati dan menjadi paranoid.

3. Tak banyak kenderaan.

Keadaan di luar rumah juga tidak sama seperti dengan zaman dahulu dimana ibu bapa masih boleh berasa selamat dan kurangnya kemalangan. Malah tiada juga kenderaan yang boleh menimbulkan syak wasangka ibu bapa terhadap kes buruk seperti penculikan dan sebagainya.

4. Tidak banyak kes cabul atau Pedophalia.

Pada zaman dahulu juga, kita kurang mendengar kes cabul atau pedophalia (penderaan seksual pada anak-anak kecil). Ada juga tidak pernah mendengar langsung kerana kurangnya terdedah dengan berita sebegini, malah tidak tahu maksud Pedophalia tersebut.

Namun, kini semuanya berubah. Anak-anak kecil pun dituntut untuk menjaga penampilan dan pemakaian supaya tidak menjadi mangsa kepada mereka yang bakal menyalahkangunakan gambar sebagai memuaskan nafsu.

Ibu bapa perlu berjaga-jaga. Pihak lain perlu memainkan peranan juga dengan tidak men-viralkan gambar tanpa pengetahuan empunya.

5. Tidak banyak barang permainan, dan bebas main diluar rumah.

Pada zaman dahulu juga, barang permainan tidak banyak dibeli oleh ibu bapa kerana anak-anak bebas bermain di taman permainan dengan selamat, dan tanpa sebarang keraguan. Keadaan di rumah tidak terlalu bersepah dengan barang permainan yang tajam dimana ibu bapa akan menjadi mangsa terpijak barang permainan tersebut.

Jika bermain dalam rumah sekalipun, anak-anak bermain dengan kusyen, bantal, lompat atas tilam, menconteng dinding dan seumpama dengannya. Permainan yang paling lasak pun, terjatuh tangga.

Oleh yang sedemikian, ibu bapa seharusnya menimba ilmu keibubapaan supaya seiring dengan zaman.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen