Untuk Mendidik Anak Menjadi Seorang Yang Baik, Ia Perlu Dilakukan Sebelum Kelahirannya Lagi.

Sudah sedia maklum, apabila berkenaan dengan jodoh, pasti kita sering dengar ‘Untuk mencari jodoh yang baik, maka perbaikilah diri menjadi orang yang baik juga’…

Begitu juga dalam memiliki cahaya mata, kita seharusnya persiapkan diri untuk menjadi ibu bapa yang baik, supaya kelak akan memiliki zuriat yang baik dan cemerlang. Persiapkan diri bukan hanya selepas berkahwin, tetapi persiapkan diri sejak sebelum kelahiran anak lagi, yakni menjadi seorang anak yang baik kepada kedua ibu bapa kita.

FORMULA MENJADI INSAN YANG BAIK.

Jika mahukan anak-anak menghormati dan melakukan kebaikan kepada kita kelak, maka jadilah anak yang soleh dan solehah pada kedua ibu bapa kita dahulu.

Jika dimulakan dengan diri sendiri, sudah pasti ia akan bercambah dan mendorong keadaan sekeliling kita menjadi positif juga. Daripada situ, kita akan dapat merasakan kita akan dikelilingi dengan orang-rang yang baik, dan yang mencari kebaikan dalam kehidupan.

Suasana yang positif ini secara tidak langsung akan mencorakkan aura positif dalam diri kita sendiri dimana ia akan membina karakter anak-anak. Antara dialog yang pernah kita dengari…

“Anak ni ikut perangai siapa la agakya? Mesti ikut perangai bapaknya…”

"Ni mesti ikut perangai mak dia masa kecik-kecik ni…”

Itu yang sering kita dengar dari luahan kata atuk dan neneknya nanti.

Jadi, dengan adanya aura positif dan baik dalam diri kita, dengan izin Allah akan mengalir kepada anak-anak yang bakal dilahirkan. Oleh yang sedemikian amat penting untuk dimulakan dari diri sendiri untuk menjadi ibu bapa yang baik.

ILMU ITU PENTING UNTUK DEMI PERSIAPKAN DIRI MENJADI SEORANG YANG BAIK.

Sebagaimana pesan daripada Saidina Ali Bin Abi Talib berkenaan dengan menuntut ilmu;

“Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta itu terhukum. Harta itu berkurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu semakin bertambah apabila dibelanjakan.”

Jangan malu mahu menuntut ilmu walaupun sudah meningkat usia…

Jangan malu untuk belajar walaupun rasa sudah terlewat masa…

Oleh sebab itu, dalam pemilihan jodoh juga, lihat tahap ilmu yang ada dalam dirinya. Sepadan atau tidak dengan diri kita sendiri. Jangan lihat pada harta semata-mata sahaja. Jika kurang ilmunya, tambah lagi ilmu tersebut, sama-sama belajar sebagai contoh ilmu keibubapaan ini.

Secara teorinya mungkin mudah untuk dibaca, jadi perlu praktikkan selalu untuk menjadi ibu bapa yang baik, dengan menjadi anak yang baik terdahulu.

MENJADI BAIK DENGAN SENTIASA MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH SWT.

Mendidik anak menjadi seorang yang baik sebelum kelahirannya lagi adalah apabila kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT. Mulakan dengan diri sendiri dengan menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT.

Namun, ada sahaja dikalangan kita merasakan, bagaimana untuk menjadi anak yang baik sekiranya ibu bapa sendiri tidak baik pada dirinya. Sebab itu perlu dimulakan dengan diri sendiri dahulu. Hati dan perasaan manusia ini mudah berubah-ubah dan terpengaruh. Doa kepada Allah SWT untuk lembutkan hati mereka sekiranya melakukan sesuatu yang tidak berlandaskan syariat.

Ini kerana Iman Itu Tidak Dapat Diwarisi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen