“Dehidrasi Bukan Menyebabkan Keletihan Badan Sahaja, Emosi Pun Letih..” -Dr Rizal-

Pada musim panas zaman sekarang, jika tidak cukup pengambilan air kosong pasti mudah dehidrasi. Untuk mengekalkan badan sentiasa cergas dan sihat ketika waktu panas, memang digalakkan untuk minum air kosong walaupun bukan waktu kita berasa dahaga. Selain daripada itu, pengambilan makanan yang bernutrisi juga amat penting supaya kesihatan tidak terjejas pada cuaca panas sebegini.

Selain keletihan tubuh badan, dehidrasi juga bakal menjejaskan kesihatan mental dan emosi seperti perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar ini…

Image may contain: 1 person, smiling

********

Dehidrasi Dan Otak.

Fenomena El Nino mengundang bahang panas membara. Bumi mengering. Ianya memberi pelbagai implikasi.

Pada manusia ia boleh mengundang dehidrasi atau kekurangan air. Kesan pada anggota tubuh sudah acapkali dibicarakan. Impak pada otak kurang mendapat liputan.

Kajian menunjukkan dehidrasi yang ringan boleh mengganggu emosi, takat tenaga serta kebolehan berfikir dengan jelas akan terganggu.

Dehidrasi juga menyebabkan sakit kepala, letih, tension dan kesukaran untuk fokus.

Dalam konteks seharian, dahaga biasanya dijadikan indikator untuk minum. Malangnya menggunakan dahaga sebagai indikator secara tidak langsung telahpun meletakkan seseorang terkena bahana kesan dari dehidrasi ringan ini.

Sebabnya apabila seseorang merasa dahaga, dia telahpun kehilangan hamper 1.5% kandungan air dalam dirinya. Justeru itu, kekerapan meminum air patut ditingkat. Elakkan dari menunggu hingga dahaga.

Minum sekurang-kurangnya sejam sekali. Pastikan dua liter air diteguk setiap hari. Sekiranya anda bangun di waktu pagi dengan sakit-sakit badan, ada kemungkinan anda kekurangan air.

Minum 500ml sewaktu bangun dari tidur boleh menghilangkan sakit-sakit badan ini.

Image result for dehidrasi

Jom minum air. Ianya menambah menambah oksigen pada otak dan tubuh.

Jom minum!

********

Semoga Bemanfaat, Dan Jagalah Kesihatan Anda Dimana Sahaja Anda Berada!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen