Apa Wanita Perlu Tahu Tentang Lelaki? Ini 8 Perkara Perangai Biasa Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu.

Oleh: Rafi

Banyak post yang kami baca sekarang, kebanyakan adalah tentang hati wanita, apa perkara yang perlu dielakkan apabila keluar bersama teman wanita, atau perkara yang membuatkan wanita gembira apabila keluar bersama. Kali ini kami ingin kongsikan tentang pendapat lelaki pula. Mungkin ada setengah pendapat ini wanita sekalian sudah tahu atau mungkin tidak. Jadi informasi kali ini hanyalah sekadar perkongsian. Kalau nak terima, dipersilakan, jika tidak mahu terima, abaikan.



Ini adalah beberapa perkara yang wanita perlu tahu tentang lelaki.

1. Lelaki juga suka melihat cermin.

Bukan wanita sahaja suka melihat cermin, malah lelaki juga. Abam2 sado di gym, hari2 tengok cermin. Itu adalah salah satu ekspresi untuk meningkatkan keyakinan diri. Kadang-kadang hanya untuk lihat rambut masih terpacak atau tidak. Itu sahaja. Memang lelaki tak tahu masak, secara jujurnya. Tetapi kami tahu bagaimana nak survive walaupun tiada orang yang nak tolong masak kat rumah. Setakat nak masak bende2 yang basic tu boleh je. Lelaki juga senang untuk belajar memasak sesuatu yang baru, bila ada orang nak tolong ajar.

2. Lelaki dan memasak. 

Memang lelaki tak tahu masak, secara jujurnya. Tetapi kami tahu bagaimana nak survive walaupun tiada orang yang nak tolong masak kat rumah. Setakat nak masak bende2 yang basic tu boleh je. Lelaki juga senang untuk belajar memasak sesuatu yang baru, bila ada orang nak tolong ajar.



3. Antara lelaki dan lelaki.

Kami tiada masalah antara kami, selalunya bila kami bergaduh, biasanya sebab perempuan atau sebab tak bayar hutang. Jika tiada isu2 yang penting, kami tak bergaduh. Tetapi, kalau isteri atau teman wanita gelak terlebih-lebih sebab ada lelaki lain buat lawak, itu boleh mendatangkan marah. Kalau lelaki tu pelawak atau ayah korang sendiri, memangkami tak kisah.

4. Kadang-kadang lelaki akan jadi pendiam.

Ada suatu masa, lelaki akan jadi pendiam, walaupun sedang keluar dating. Tak bermaksud korang ade buat silap, jangan fikir macam tu. Kadang2 fikiran lelaki senang melayang memikirkan benda lain. Bila di tanya fikir apa, kami tak dapat nak beritahu, kerana terlalu mengarut untuk di jelaskan. Contohnya, 'kalau ironman lawan batman siapa akan menang?'.

5. Ya, lelaki memang hidup dalam kebimbangan.

Para wanita tidak sedar, bahawa kaum lelaki ini sentiasa hidup dalam kebimbangan. Ada pepatah mat salleh mengatakan 'don't ask man about their salary, and don't ask women about her age'. Jangan pernah bertanyakan kepada lelaki tentang berapa pendapatannya sebulan. Lelaki sentiasa bimbang, kerana naluri setiap lelaki adalah untuk menjadi ketua keluarga. Kami bimbang adakah pendapatan kami ini cukup atau tidak untuk menampung hidup bakal isteri dan ibu bapa. Jadi jangan lah terlalu mengharapkan sangat untuk orang lelaki ini sentiasa dan belanja bila keluar dating. Kadang2 duit itu kami nak guna untuk bantu ibu dan ayah dan adik beradik. Bila wanita buka cerita tentang kahwin, lagi la berdegup laju jantung lelaki, asyik memikirkan cukup ke untuk berkahwain dan hidup selapas berkahwin. 



6. Lelaki dan perhubungan.

Kadang kaum wanita tak perasaan, sebenarnya cara lelaki dalam perhubungan 'relationship' amat berbeza berbanding wanita. Kami memuji diri wanita bukan bermaksud kami inginkan diri kamu, atau apabila kami selalu berkongsikan masalah dengan anda, bukan bermaksud kami mahu wanita itu menjadi teman hidup. Secara jujurnya, kadang kala kami tak berniat untuk memberikan harapan kepada wanita. Cuma, mungkin kami sudah terbiasa untuk memuji diri wanita atau berkongsi masalah dengan wanita itu. We are just friend. Pabila sesama lelaki, kami tidak akan puji lelaki lain. Lagi perli adalah, kerana hati lelaki ini tebal, dan sukar untuk terasa. Tetapi bila kena reject dengan wanita, patahhati nya berminggu baru baik.

7. Lelaki dan perasaan.

Memang sudah menjadi kebiasaan, kaum lelaki akan cuba menyembunyikan apa mereka rasa saat dan ketika itu. Sedih, marah, benci, dan cemburu amat jarang di tonjolkan apabila dalam perhubungan. Kami akan simpan, dan akhirnya kami akan lupa perasaan tersebut. Kerana itu lebih baik bagi kami. Jadi, jika kaum wanita ingin tahu apa perasaan lelaki pada ketika dan saat itu, kamu boleh bertanya, dan kami akan jawab jika kami mahu. Jika kamu tidak mendapat jawapan, gunalah alternatif lain untuk mencari jawapannya. Kebiasaannya lelaki akan menonjolkan perasaannya dengan perbuatan. Jadi gunakan mata dan lihat.

8. Tanggapan lelaki terhadap penampilan wanita.

Harga make-up sekarang sangat lah mahal, sebagai contoh, ada artis make-up yanag akan mengambil bayaran sehingga 800 ringgit untuk menyolek pengantin wanita. Kalau untuk bersanding itu kami tidak kisah sangat. Apa yang penting bagi lelaki bukanlah wanita yang tebal solekannya sampai 2 ke 3 inci tebal make-up. Kami ini simple, cukuplah sekadar kecantikan asli para wanita dan berpakaian kemas sudah boleh menawan hati lelaki. Bila nampak perempuan yang tebal make-up dan pakaian yang bukan2, kami rasa risau, kerana kami akan fikir, perempuan ini mesti 'high maintanence'. Sikit sikit sudahlah, tak perlu berlebih lebih.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen