Jangan Takut Dengan Gaji Sedikit, Yang Penting Pengurusan Kewangan Padu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jangan rendah diri apabila anda bergaji kecil dan tidak setanding dengan mereka yang bergaji besar. Bukan itu sahaja, jangan merasakan apabila anda bergaji kecil anda tidak mampu untuk memiliki simpanan yang banyak. Ini semua adalah pemikiran yang salah.

Apabila anda bergaji kecil, maka anda perlu lebih bijak menguruskan kewangan anda agar lebih mencukupi bahkan sentiasa konsisten dalam simpanan. Ingat gaji kecil bukan alasan untuk mempunyai masalah kewangan.

Jika anda tidak tahu bagaimana menguruskan keadaan tersebut, di sini Amir Syahir berkongsi cara dan idea untuk menguruskannya.



Kau mesti ada kawan yang bergaji sikit, tapi rilek je hadapi hidup. Isteri tak kerja tapi boleh je tanggung makan minum anak isteri.

Gaji kecil tapi dah ada rumah sebagai aset. Hidup bahagia tanpa perlu buat hutang jahat.

Kau nak tahu apa rahsia diorang? Rahsianya ialah perbelanjaan yang cermat, efektif dan pengurusan kewangan yang berkesan.

Korang nak tahu tips dorang tak? Meh saya share sikit. Antaranya;



1. Berdisiplin Merancang Perbelanjaan

Dapat gaji je terus buat simpanan. Kalau barang dapur habis, buat senarai, nanti beli barang ikut senarai je. Ada jualan murah atau clearance sale ke terus kuatkan semangat.

2. Minimumkan Perbelanjaan

Kalau boleh masak sendiri di rumah lagi bagus. Sarapan bawa bekal. Tak perlu nak makan di kedai. Hari minggu pun tak perlu selalu tengok wayang dan minum kopi mahal kegemaran kau tu. Tak perlu beli baju, tudung dan kasut setiap dapat gaji.

3. Bandingkan Harga

Sebelum membeli tu, cuba bandingkan terlebih harga dulu. Adakalanya barang yang sama tetapi dijual dengan harga yang berlainan. Jadi, kau kena bijak buat perbandingan.

4. Utamakan Keperluan

Rancang perbelanjaan mengikut keutamaan. Kau kena tahu bezakan antara keperluan dengan kehendak. Ini tak, nak barang yang berjenama je.

5. Melabur

Kalau simpan je duit korang tak akan membiak. Apa salahnya melabur di tempat yang diyakini. Paling biasa pun menyimpan di ASB. Dapat dividen 7% pun untung dah untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat. Boleh juga melabur di Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), unit amanah yang diyakini. Kalau nak buat ASBF pun bagus juga. WhatsApp @ P.M saya laju-laju.

6. Hiburan Sederhana

Sekali sekala nak berhibur apa salahnya. Tapi bersederhana lah. Jalan-jalan dekat taman pun elok juga. Orang biasa macam kita, bersenam jogging kat taman okay lah. Orang hipster macam kau jogging atas mesin dalam gym.

7. Pendapatan Kedua

Ramai yang bergaji kecil mempunyai pendapatan kedua. Mereka sedar, mereka bukan orang kaya yang boleh goyang kaki bagai. Antara cara mereka mencari pendapatan kedua adalah dengan cara berniaga online, buat Grab, dropship dan sebagainya.



Kawan kau bergaji kecil yang umur sebaya dengan kau dah ada keluarga, aset hartanah, simpanan kecemasan dan perlindungan takaful. Gaji kecil bukan alasan untuk kau jadikan alasan. Tapi cara menguruskan kewangan itu penting.

Konsep dia senang je. Berjimat cermat. Belanja biar berpada-pada. Ukur baju di badan sendiri. Ingat, kalau kau mampu beli Volkswagen Golf beli je Myvi dulu. Kalau kau mampu beli baju berjenama, beli je baju masa jualan murah. Tak perlu berhutang untuk beli kehendak. 'Downgrade' satu tahap. Simple.

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kalau nak senang, kau kena la berkorban dahulu. Kejayaan Empayar Rom tidak dibina dalam satu hari. Kah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen