Antara Formula Untuk Simpan Duit Kahwin Yang Anda Boleh Ikuti.

Anda mahu menabung duit untuk masa depan, terutamanya untuk berkahwin, namun tidak mengetahui cara yang betul untuk menyimpan. Apatah lagi khuatir jika tidak dapat istiqamah dalam menyimpan duit tersebut. Sekejap simpan, sekejap lagi guna untuk kecemasan.

Sebenarnya banyak formula yang anda boleh gunakan dalam menyimpan duit ini, antaranya ialah…

Image result for duit kahwin

1. Simpan 52 minggu, untuk setahun.

Jika anda berpendapatan rendah, dan merancang untuk berkahwin dalam masa 3 atau 5 tahun, cuba guna formula ini.

  • Minggu pertama: RM1
  • Minggu kedua: RM2
  • Minggu ketiga: RM3
  • Minggu keempat: RM4

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20…………… +52= RM1378

Jika anda merancang untuk berkahwin 3 tahun akan datang RM1378 x 3 = RM4134. Untuk 5 tahun pula RM1378 x 5 = RM6890.

Formula ini sesuai untuk mereka yang mahukan perkahwinan yang sederhana, tetapi meriah. Dan bukan untuk mereka yang mahu berkahwin dalam masa yang singkat kerana memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menyimpan wang.

 

2. Simpan Mengikut hari, untuk setahun.

Formula ini sama sahaja seperti cara di atas, cuma ia berbeza mengikut hari, setiap hari anda akan menabung seperti…

  • Hari pertama: RM1
  • Hari kedua: RM2
  • Hari ketiga: RM3
  • Hari keempat: RM4

Kemudian:

  • Bulan 1 ada 31 hari: RM496
  • Bulan 2 ada 28 hari: 451
  • Bulan 4 ada 30 hari: RM465
  • 7 bulan mempunyai 31 hari: 7x496: RM3472
  • 1 bulan mempunyai 28 hari: RM451
  • 4 bulan mempunyai 30 hari: RM1860

Dan seterusnya sehingga hari ke 365, anda akan dapat jumlah rm5783. Dalam masa 2 tahun anda akan dapat menyimpan dengan jumlah RM11,566.

3. Simpan mengikut bulan, untuk setahun.

Formula A: Bagi mereka yang mengikuti formula nombor 1 di atas, dan merasakan duit tersebut sedikit untuk disimpan boleh digunatambah dengan formula ini juga..

  • Bulan pertama: RM10
  • Bulan kedua: RM20
  • Bulan ketiga: RM30
  • Bulan keempat: RM40

Dan seterusnya sehingga bulan 12, anda akan dapat jumlah RM 780. Jadi gabungkan formula (1) + formula (2): RM780 + RM1378 = RM2158 untuk setahun.

Formula B: Bagi mereka yang berkemampuan untuk simpan lebih, guna kaedah ini pula…

  • Bulan pertama: RM100
  • Bulan kedua: RM200
  • Bulan ketiga: RM300

Sehingga bulan 12, anda akan dapat dengan jumlah RM7800. Sekiranya 2 tahun = RM15600.

4. Simpan mengikut warna duit.

Image result for simpan duit kahwin

Formula ini agak ekstrem kerana anda bakal mengikat perut untuk menyimpan duit. Ia agak memaksa diri kerana anda mahu berkahwin dalam masa yang singkat seperti perkenalan+pertunangan hanya untuk 2 tahun. Dan sebenarnya jumlah mengikut kemampuan masing-masing untuk menyimpan...

  • Bulan 1: Kumpul duit biru RM1 x 30 = RM30
  • Bulan 2: Kumpul duit hijau RM5 x 30 = RM150
  • Bulan 3: Kumpul duit merah RM10 x 30 = RM300
  • Bulan 4: kumpul duit jingga RM20 x 30 = RM600
  • Bulan 5: Kumpul duit biru kehijauan RM50 x 30 = RM1500
  • Bulan 6: kumpul duit ungu RM100 x 30 = RM3000

Jumlah: 5580 dalam masa 6 BULAN. 1 TAHUN = 5580+5580 = RM11160.

Bagi mereka yang agak mustahil untuk menyimpan RM50 & RM100 untuk satu hari, oleh kerana formula ini untuk menyimpan dalam masa 6 bulan. Jadi, pecahkan simpanan RM50 & rm100 kepada 3 bulan.

Sebagai contoh 1 bulan anda hanya boleh simpan rm50 2 kali sahaja. RM100 untuk sebulan, jadi 3 bulan hanya tersimpan RM300 sahaja.

RM100 2 kali sebulan = RM200. Jadi, 3 bulan hanya tersimpan RM600 sahaja.

Jadi seperti biasa:

  • RM30 x 2 bulan = RM60
  • RM150 x 2 bulan = RM300
  • RM300 x 2 bulan = RM600
  • RM600 x 2 bulan = RM1200
  • (RM50x2) x 3 bulan = RM300
  • (RM100x2) x 3 bulan = RM600
  • Jumlah selama setahun = RM3060

Sebenarnya ikut kesesuaian dan kemampuan untuk anda menyimpan, tetapi jika benar-benar serius, ikut sahaja formula asal yang ekstrem selama 6 bulan tersebut.

Jadi, formula mana yang anda boleh ikuti? Yang penting berdisiplin, dan binalah akaun khas hanya untuk simpan duit kahwin sahaja supaya anda tidak dapat mengusik duit tersebut.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen