Ibu Ini Beri 7 Sebab Mengapa Perlu Bawa Anak-Anak Tonton Filem Animasi Upin Ipin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila tiba cuti sekolah ini, pasti ramai ibu bapa yang mula merancang percutian yang menyeronokkan buat anak-anak mereka. Ada yang mahu pergi bercuti bersama-sama sanak saudara yang lain, ada yang mahu meluangkan masa pada hujung minggu dan pelbagai lagi aktiviti yang dirancangkan.

Buat ibu bapa yang tidak mempunyai masa yang cukup buat anak-anak, mungkin membawa mereka pergi menonton wayang adalah yang terbaik buat mereka. Namun begitu, cari sesuatu cerita yang akan memberi pengajaran buat mereka.

Baru-baru ini filem kegemaran anak-anak telah mula ditayangkan seluruh Malaysia, bahkan ramai yang menyatakan bahawa filem animasi ini anak-anak akan mempelajari sesuatu darinya. Menurut ibu ini, Puan Siti Suryani Yaakop terdapat 7 sebab mengapa ibu bapa perlu membawa anak-anak menonton filem animasi ini.



Kenapa kita kena bawa anak-anak tengok Upin Ipin?

Banyak benda-benda yang kita dan anak-anak boleh belajar dari animasi ni, yang elok dijadikan bahan didikan dan nasihat hidup. Ni antara apa yang saya dan anak-anak dapat....

1.Animasi ni pada keseluruhannya adalah tentang besarnya erti MAAF. Kalau kita hidup dengan menyimpan perasaan marah, merajuk dan dendam, sebenarnya yang sakit bukanlah orang yang kita tak maafkan tu. Tapi, diri kita sendiri. Alam dendam ni menyebabkan kita tak boleh move on, merosakkan bahagia hidup kita.

2. Tengok scene Upin Ipin mula-mula sekali. Betapa kalau takda handphone pun, hidup kita takkan kebosanan. Upin Ipin main kejar ayam, main selipar, menyakat angsa je pun, boleh seronok gelak ketawa. Sikit takda nak stress-stress. Pandai-pandai la nak hidup dan urus diri.

3. Kalau anak yang suka bercakar tu, elok tengok animasi ni. Gadis Bawang dalam animasi ni nasihat adik beradik supaya tak bergaduh dan kena selalu mengalah. Tak rugi sikap suka mengalah. Yang penting hubungan adik beradik tak putus.

3. Walaupun badan kita kecik macam Upin Ipin, mungkin takda tenaga banyak pun, tapi tak mustahil kita boleh jadi hero. Asalkan kita berani dan tak putus asa.

4. Angan-angan tu kalau kita selalu sebut, lama-lama boleh jadi doa. Jenin selalu asyik sebut tentang nak jadi kaya. Akhirnya kaya sungguh dia. Sebab tu kena selalu sebut benda yang baik.

5. Macamana teruk bergaduh dengan adik beradik pun, bila dia takda, kita mesti akan rindu dan terasa. Begitulah Upin Ipin rindu dan terkenang Kak Ros Rimau mereka. Hargailah adik beradik masa mereka ada, kot mana pun kita tak berkenan dengan kelaku dia.

6. Jiran tetangga adalah saudara mara. Kena sayang macam saudara sendiri dan tolong kalau mereka minta tolong.
Yang paling saya terkesan sekali.....

7. Tengok watak Mak Der. Dia ajar kita supaya jaga mulut sebagai mak. Kena diam bila marah. Itu lebih baik. Jangan tersalah sebut. Takut doa tu jadi nyata dan akhirnya kita menyesal tak sudah.

Serius.

Bawa anak-anak pergi tengok. Nama je filem animasi. Nampak je macam kartun. Tapi, pengajaran dia lagi banyak dari kau tengok drama Suamiku Encik Kambing.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen