Berdepan Dengan Kebuncitan Melampau, Ini Cara Anda Atasinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Memiliki perut yang ramping, dan flat sememangnya menjadi idaman sesiapa sahaja, terutama kaum wanita. Banyak cara sudah dicubanya namun masih belum memberi kesan yang memuaskan bukan?

Bukan itu sahaja, ada yang mengambil jalan mudah dengan memakan supplement yang mana kononnya ia mampu menguruskan badan serta mengempiskan perut yang buncit itu. Haa, banyak yang tidak tahu bahawa anda tidak akan dapat perut seperti yang diidamkan dengan menggunakan produk sebegitu, bahaya untuk tubuh badan adalah.

Buat yang sedang berusaha itu, mari ikuti perkongsian dari Puan Sha Rini ini, pasti akan memberikan kesan yang memuaskan buat anda.



Tips mengurangkan kebuncitan melampau.

Sebelum tido Keknie share 1 tips. Hehe

Perempuan especially kalau lepas bersalin kan mmg perut geleber pastu buncit semacam sampai org tanya "pregnant lagi ke?"

Tapi lagi sadis kalau yang belum kawin dah buncit kan? Huhu tula perasaan ku dulu 

Mana datagnya kebuncitan ni? Lemak ke? Air ke? Cacing ke? Sebab minum ais ke lemak jadi beku ke

So, mcmana nak bagi perut ni kurang buncit? Impian semua wanita didunia hehe 



1. Eat well balanced diet. Make sure ada carbs, protein, fibers, fat

2. Cardio workout. Kita tak boleh nak spot reduce buang lemak kat perut je tapi cardio workout will be really helpful utk burn calories and fat secara total body. Luckily, memang biasanya lemak kat perut hilang dulu. Cardio ni contoh macam berjalan laju, jogging, sprinting, jumprope, bicycle, treadmill dan banyak lagi bodyweight workout yang boleh jadi cardio. Strength training juga akan membantu shape kan abdominal muscle dan buat area perut lagi kemas.

3. Eat good fats. Tambah olive oil, avocado, peanut butter, kekacang dlm meal/snack seharian. This good fats akan bantu burning the belly fat. How? Good fat akan buat sel lemak release adiponectin, yang akan increase metabolisme dan meningkatkan kadar pemecahan lemak. Best kan? Tapi good fats is still fat, so kena la berpada-pada ikut portion nya.

4. Posture. Masa berjalan, masa duduk, keep your abs tight. Cara nya macam kita tarik perut ke dalam tapi bernafas macam biasa..salah satu sebab perut nampak buncit sebab postur badan tak betul, asik membongkok je..tula perut berlipat 

5. Sleep well. Kena tido secukupnya baru segala hormon function dgn baik dan akan burn lemak sewajarnya.

So, macam slalu omputih ckp, “abs are made in the kitchen”. Kena la rajin masak sendiri klau nak perut flat..kalau tak, redha je perut tu bertingkek-tingkek hehe..

Goodnight. Nak kurus kena ckup tido so Keknie tido dlu ye

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen