"Kejap Menangis, Kejap Bergaduh", Ini Cara Tangani Persaingan Dalam Adik Beradik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Persaingan dalam adik-beradik ini akan sentiasa berlaku, terutama buat mereka yang mempunyai anak-anak yang ramai. Mana tidaknya, mereka ini akan bersaing untuk sesuatu yang kecil hanya kerana mahukan perhatian daripada ibu bapa mereka.

Satu ketika, mereka akan bermain bersama dan satu ketika lagi mereka akan bergaduh. Ini merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Kejap menangis, kejap berbaik, kejap bergaduh sememangnya akan memeningkan kepala.

Namun begitu, jangan terlalu cepat melenting dengan sikap mereka ini. Bahkan jangan pula hanya memarahi si kakak atau si abang sahaja, berikut cara membantu anda.



1. Menghormati bakat setiap anak anda

Setiap daripada anak anda pasti mempunyai kecenderungan bakat dan anda perlu menghormatinya. Jangan sesekali membanding-bandingkan keupayaan mereka dengan adik-beradik yang lain kerana ia hanya akan mendatang perasaan iri hati lalu mencetuskan dendam dan pergaduhan. Kanak-kanak akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai idola. Oleh itu, tunjukkan kepada mereka bahawa anda menghormati setiap perbezaan yang ada bagi setiap anak-anak untuk menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

2. Beri perhatian secara sama rata

Salah satu daripada punca utama anak-anak anda bergaduh adalah untuk mendapatkan perhatian ibu bapa. Mereka mungkin akan berasa terpinggir jika adik-beradik mereka mendapat lebih perhatian daripada anda. Ini menyebabkan mereka akan mencuba mendapatkan perhatian anda meskipun ia adalah perhatian yang berbaur negatif. Oleh itu, rancang masa anda untuk memberi perhatian secara sama rata dan adil kepada anak-anak anda bagi memastikan setiap daripada mereka tidak berasa terpinggir.

3. Jangan masuk campur jika mereka berkelahi

Apabila anda perasan bahawa anak-anak anda sedang berkelahi, biarkan sahaja. Kadangkala, anda perlu memberi mereka peluang untuk menyelesaikan masalah sendiri.



4. Menenangkan konflik

Jika anak-anak anda masih tidak berpuas hati sesama sendiri dan mula menunjukkan petanda untuk bergaduh, ini adalah masa untuk anda masuk campur. Namun begitu, jangan sesekali menyebelahi atau mempersalahkan sesiapa. Sebaiknya, dengar penjelasan dan pengakuan daripada kedua-dua pihak kemudian berikan mereka jalan penyelesaian kepada masalah itu.

5. Berterus terang kepada mereka

Jika anda sedang menunggu kelahiran bayi yang baru, pastikan anda mula mengajar anak pertama anda tentang hubungannya dengan bakal adiknya. Sebagai contoh, anda boleh memberi semangat kepada mereka untuk menjadi seorang abang yang baik. Anda juga perlu berterus terang kepada mereka bahawa bayi yang bakal lahir itu kadangkala akan merimaskan mereka dan jika ia berlaku, pastikan anda mampu mengawal situasi agar anak pertama anda tidak berasa tertekan dengan kehadiran adik barunya.

6. Menyayangi anak dengan cara yang unik

Kebiasaannya, ibu bapa akan mengekspresikan perasaan sayang kepada anak-anak dengan cara yang sama. Namun, ia mungkin tidak memberikan kesan. Kanak-kanak selalu beranggapan bahawa disayangi dengan cara yang sama antara mereka dan adik-beradik bermaksud rasa sayang itu telah dibahagikan. Apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah menyayangi setiap anak dengan cara yang unik. Ini akan membuat mereka lebih berpuas hati terhadap kasih sayang yang anda berikan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen