Pesan Lelaki Ini Pada Gadis Di Luar Sana “Jangan Tunggu Lelaki Kaya, Tetapi Jadilah Kaya Dulu”

Untuk menjadi gadis pada masa kini, pasti banyak sahaja cabaran dan ujian dunia, mahupun akhirat. Malahan sukar bertemu jodoh juga adalah salah satu ujian dari-Nya. Untuk mencari jodoh atau pasangan ini, pasti mempunyai citarasa tersendiri seperti mahukan bakal suami yang kaya supaya dapat menampung kehidupan selepas berkahwin.

Tidak mahu digelar materialistik atau pisau cukur, namun itulah pilihan para gadis masa kini.

Akan tetapi, seperti perkongsian dari saudara Azizul Azli Ahmad ini, beliau memesan untuk menjadi kaya dahulu, daripada menunggu lelaki kaya semata-mata, dan juga gadis perlu berkejar-kejar untuk memiliki harta sendiri terutamanya rumah. Dan antara pesanannya yang lain...

********

#TabungGadis

Gadis Bestari Ada Rumah Sendiri.

1. Wanita hari ini kuasai 48% tenaga kerja di Malaysia.

2. Wanita ada 18% simpanan lebih baik dari lelaki.

3. Wanita boleh panjat pagar dan baring depan kedai untuk sale tudung faredadad dan kasut dulu.

4. Kebanyakkan wanita hanya menyimpan barang emas, yang tetap ada nilai susutnya hasil kos upah dan kos sampingan simpanan. Belilah emas pelaburan.

5. Wanita jarang terlibat dengan pelaburan hartanah dan jumlahnya masih kecil.

6. Kita tak tahu sampai bila kita akan dilamar jadi isteri orang. Takkan selamanya menyewa dan tinggal rumah ibubapa.

7. Kita tak tahu suami sekacak Nepal ini sampai bila sayang kita selamanya. Jika dia jumpa yang lebih lawa, apakah dia masih mahu kita serumah dengannya. Beli sebuah rumah.

8. Wanita pasti ingin ada pendapatan pasif sendiri, kutip duit sewa tiap bulan sekali.

Jangan tunggu lelaki kaya, jadilah kaya. Ini pesanan saya.

10. Anggapan bahawa hartanah itu pelaburan untuk lelaki tidak tepat lagi.

11. Tak teringin ada rumah sendiri yang kabinet dapur boleh masak sendiri, kita niat sahaja dia tolong masakkan untuk kita.

Kabinet dapur cantik macam IKEA.

********

Semoga Bermanfaat Dan Menjadi Gadis Yang Bijak Merancang Kewangan Untuk Masa Hadapan!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen