“Bergelar Student Dengan Kewangan Masih Lemah, Tapi Dah Ada Hati Nak Kahwin” Ikuti Tips Ini.

Ketika masih belajar, masing-masing berkejar-kejar melakukan assignment dan exam, ada pula cabaran dan ujian dimana tersuka kepada seseorang sehingga tidak dapat fokus pada pelajaran. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar menjadi hilang semangat dan mula mencari calon untuk berkahwin. Namun, apabila ingin menghalalkan hubungan secepat mungkin, keadaan tidak pula mengizinkan kerana…

  • Masih lagi belajar.
  • Keadaan kewangan yang lemah dan tidak stabil.

Jika berlakunya situasi sebegini, anak muda yang masih belajar perlu diingatkan sebagaimana seperti hadith ini…

“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam membendung syahwat)” [Riwayat al-Bukhari (5065) dan Muslim (3466)]

Hadis di atas menjelaskan bahawa yang belum mampu menikah dianjurkan menyibukkan diri dengan berpuasa. Ini kerana ia dapat melemahkan syahwat dan mempersempit jalan masuk syaitan dan perkara tersebut merupakan di antara sebab iffah (menjaga diri) dan menundukkan pandangan.

Oleh itu, jom ikuti resepi kejayaan tokoh-tokoh yang hebat pada zaman dahulu dan kini:

  • Cuba tingkatkan himmah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang terlebih dahulu. Perkara ini akan membawa kepada kemanisan hidup di usia tua.
  • Jauhi rakan-rakan yang banyak berbual berkenaan dengan perkahwinan kerana menfaat ketika belajar adalah kurang ketika itu.
  • Pilihlah rakan-rakan yang menumpukan sepenuh perhatian dalam berusaha memahat kejayaan yang gemilang.
  • Sibukkan diri dengan buku, assignment, muzakarah dan kajian-kajian agar kejayaan dan kecemerlangan dapat dicapai.

Bacalah kisah para ulama’ yang menekuni ilmu dan kadang-kadang mereka tidak sempat mengecapi perkahwinan kerana cinta dan tamaknya mereka kepada ilmu. Antara buku tersebut ialah yang menceritakan berkenaan ulama' yang tidak berkahwin kerana sibuk dengan ilmu yang dikaryakan oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.

Antara nukilan yang boleh membuka mata:

Antara racun yang paling bahaya bagi penuntut ilmu ialah apabila hilangnya semangat dan datangnya pula semangat dunia yang terbuka.

Ini amat banyak memberi kesan kepada pelajar yang akhirnya mereka gagal dalam memperolehi ilmu. Antara contoh-contohnya ialah:

  • Apabila sudah nampak mata pencarian hidup.
  • Apabila sudah merasa lazat untuk menerima gaji dan sedikit habuan.
  • Apabila sudah mabuk cinta dan mahu kahwin.
  • Apabila terpengaruh dengan kawan-kawan yang tidak bersemangat.
  • Apabila sentiasa mahu kesenangan dan berehat yang panjang.

Inilah racun yang berbahaya sebagai virus dalam kamus pelajar yang akhirnya membuatkannya meninggalkan cita-cita dan semangatnya.

Berdoalah untuk memperolehi ilmu yang bermanfaat:

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” [Riwayat Ibn Majah (925)]

Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita kegigihan, kesungguhan dan kesabaran dalam menekuni ilmu seterusnya berkhidmat menyebarkannya kepada segenap lapisan masyarakat. Dan semoga bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen