Wanita sememangnya manusia yang sentiasa peka dan sensitif terhadap semua perkara. Mereka ini juga terlalu mudah untuk bermain dengan emosi mereka. mereka lebih mengutamakan perasaan berbanding untuk berfikiran secara rasional.
Oleh itu mereka ini terlalu mudah untuk menangis apabila terpaksa berdepan dengan permainan emosi yang tidak terjangka. Walaupun tidak semuanya seperti itu, tetapi kebanyakannya mempunyai sifat sebegini.
Maka dengan itu, sebagai suami atau pasangannya perlu bijak memainkan peranan apabila isteri anda. Terutama apabila isteri mengalami keadaan emosi tertentu yang membuatnya sensitif dan bahkan menangis.
Berikut adalah ayat-ayat yang tidak boleh anda katakan kepada isteri anda apabila dia sedang menangis.
1. “Sudah lah, jangan menangis lagi.”
Ayat ini bukanlah ayat yang baik. Anda perlu memujuknya dengan cara yang lain. Cara terbaik untuk menangani masalah ini adalah membiarkan dirinya untuk melepaskan segala perasaan yang terbuku di dalam hatinya. Jangan lupa untuk menjadi pendengar yang baik, bukan membiarkan dia tenggelam dengan perasaannya sendiri.
2. “Bukan masalah yang besar.”
Apabila dirinya terlalu sensitif dan begitu mudah peka terhadap perkara yang berkaitan emosi, setiap masalah yang berlaku disekitarnya adalah masalah besar. Jadi jangan sesekali anda menyatakan bahawa perkara tersebut bukan satu masalah yang besar kerana anda adalah lelaki. Jika anda menyebut perkara sebegini, ia beranggap anda merendahkan dirinya.
3. “Lupakan sahaja.”
Perkataan ini hanya akan membuat wanita bertambah sedih dan kecewa sahaja. Ini kerana, beliau merasakan anda tidak menumpukan perhatian yang cukup kepadanya. Bukan hanya itu, wanita tidak mudah untuk melupakan satu perkara yang telah melukakan hatinya walaupun perkara yang kecil.
Sebagai seorang suami, anda perlu bijak untuk menghilangkan tangisan isteri anda, malah bijak untuk memujuk serta mengambil hatinya. Jangan biarkan dirinya bermain dengan emosinya sendiri yang akhirnya menyusahkan anda juga nanti.
Tinggalkan Komen