Wahai Suami, Usia Semakin Meningkat Bukan Bermakna Anda Perlu Berhenti Berusaha Mencari Rezeki Untuk Keluarga.

Untuk menanamkan sikap bermotivasi pada diri sendiri memang tidak mudah kerana ia perlukan sokongan dari orang yang rapat. Terutamanya menjadi seorang suami, dimana amat memerlukan sokongan daripada seorang isteri.

Ramai dikalangan suami beranggapan, apabila sudah meningkat usia, maka dirinya perlu berhenti mencari rezeki seperti berniaga, menyimpan duit, membeli rumah atau pun melabur. Cukuplah setakat itu sahaja.

Jangan pernah berasa malu dan bersalah walaupun sudah meningkat usia seperti perkongsian dari saudara Azizul Azli ini…

********

JANGAN PERNAH RASA BERSALAH!

Jangan pernah rasa bersalah dengan usia kita.

Saya lambat bermula juga, waktu usia 35 tahun baru jadi pelabur. 5 tahun kemudian isteri saya dah boleh bersara awal.

2. Jangan juga malu menyewa, tetapi berusahalah untuk beli sebuah rumah kecil.

3. Sebagai seorang ayah, pasang azam untuk beli kediaman sebelum ada anak pertama.

4. Sebagai lelaki, pasang impian untuk ada rumah sendiri sebelum ada isteri.

5. Anak isteri kita mungkin pernah meminta sebuah rumah. Tetapi kita belum mampu atau bersedia. Jangan mengalah dan biarkan mereka kecewa, tunjukkan usha kita dengan buat simpanan kita.

6. Jangan salahkan sesiapa hidup ini, SALAHKAN DIRI kita sendiri. Belajar hidup ambil tanggungjawab diri.

7. Jangan ada impian dah bersara baru nak ada rumah sendiri. Jika kita mati sebelum bersara, kita nak anak isteri tinggal dimana?

8. Jangan ingat duit KWSP akan dapat pada isteri, mereka hanya pemegang amanah sahaja. Duit itu akan dibahagikan secara faraid nanti.

9. Korbankan sedikit duit beli buku, jika tak suka saya. Beli dan baca buku orang lain pun tak mengapa, tak berdosa. Janji ada usha nak belajar dengan membaca.

Seorang isteri akan sedih dan kecewa bila kita tiada impian nak ada rumah sendiri.

Ada pelajar saya yang susah, antara soalan saya. "Rumah sekarang sewa atau beli"?

Mereka jawab perlahan depan saya. "Masih sewa Sir, abah pencen nak buat rumah di kampung". Katanya.

Selami perasaan anak isteri kita, mereka juga teringin nak ada rumah sendiri macam kawan kawan mereka.

Ketika kita terus bersungut rumah semua mahal, ada hati yang terluka dan berhenti dari meminta minta. Kerana mereka tahu, kita tak akan tunaikan permintaanya.

Jadilah suami yang kurang mengeluh tetapi kuat usahanya.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen