“Sukarnya Menjadi Doktor Zaman Sekarang, Apabila Ramai Ibu Bapa Tidak Mempercayai Rawatan Moden Lagi..” Ikuti Kisah Ini.

Pada masa kini, sudah terlalu banyak isu yang tular berkenaan dengan ibu bapa yang tidak mempercayai rawatan di hospital yakni rawatan moden. Semuanya terlalu bergantung pada Allah SWT 100%, dan ada juga hanya mempercayai rawatan tradisional semata-mata.

Namun, ada juga yang menerima rawatan yang tidak mengetahui kesahihannya, akan tetapi ujian tersebut hanya dilakukan kepada haiwan sahaja, tidak pada manusia. Sebagai doktor yang prihatin, sudah tentu ia adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan supaya ramai ibu bapa sedar, namun terjadi pula sebaliknya seperti perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin ini…

********

"Doktor, saya nak bawa anak saya balik. Anak saya bukan tikus makmal yang doktor boleh suka-suka uji ubat itu ini," kata seorang ibu yang anak masuk ke hospital.

Penyakit anaknya belum dikenalpasti secara muktamad. Pemeriksaan dan ujian penyakit masih dijalankan, namun doktor sudah mulakan rawatan empirikal berdasarkan diagnosis awal kerana jika tidak dirawat segera, kesihatannya akan merosot.

Oleh sebab, ada pertukaran beberapa ubat sepanjang kanak-kanak itu di wad. Si ibu tak senang dengan keadaan ini.

"Puan, kalau puan bawa anak balik, kami risau keadaannya makin tak stabil," kata pakar kanak-kanak

Aku angguk mengiyakan apa yang dikatakan oleh boss aku tu.

"Tak apa. Saya nak bawa dia pergi rawatan alternatif. Saya dah buat research. Rawatan tu berkesan, dan tak ada kesan sampingan macam ubat hospital," balas si ibu.

"Rawatan apa tu?" tanya doktor pakar.

"Rawatan #######(tak boleh sebut)," jawab si ibu ringkas.

Pakar tu hanya angguk-angguk sebelum bersuara semula "OK, macam ni. Tunggu keputusan ujian darah yang kita buat tu keluar dulu. Beri kami satu lagi peluang untuk kenal pasti penyakit dia, boleh?"

"Dah 3-4 hari saya bagi peluang, tak ada improvement pun. Malah doktor tak tahu pun dia sakit apa, kan? So, there's no point nak tunggu lagi."

"Kalau macam tu, puan kena tanda—"

"Ya saya akan tandatangan! Saya akan tanggung apa-apa risiko ni." pintas si ibu tanpa mendengar apa yang hendak dikatakan oleh doktor pakar itu.

"—tangan borang AOR" doktor pakar itu tetap menghabiskan kata-katanya dengan tertib, lalu mengukir senyum yang aku kira untuk menutup perasaan hampanya.

"Kamarul, nanti awal uruskan discaj pesakit ni, ya!" kata doktor pakar itu kepada aku kemudian meminta diri daripada si ibu tadi, untuk meneruskan rondaan wad.

Aku uruskan secepat mungkin. Menjelang tengah hari, si ibu tadi dah bawa anaknya pulang ke rumah. Sempatlah juga aku terima kata-kata sindiran dari si ibu sebelum mereka keluar wad. Aku pekakkan telinga sahaja.

Setelah semua urusan selesai, aku duduk di kaunter jururawat. Ketika tu aku terfikir nak semak rawatan yang disebut oleh si ibu tadi. Aku pun Google.

Itu dia! Macam-macam keluar. Iklan ada. Testimoni ada. Bukti anekdotal ada. Eh kejap, kajian klinikal pun ada. Aku terus klik pautan kajian klinikal tu.

Aku baca dengan teliti, satu persatu. 'Word by word' orang putih kata. Kajian menunjukkan rawatan itu berkesan. Semua sampel pulih. Tiada kesan sampingan. Malangnya, sampel itu adalah haiwan. Ya, itu ujian klinikal pada tikus makmal, bukan pada manusia. Bermaksud, ia belum sedia untuk digunakan pada manusia.

Ironi sungguh. Tidak mahu anak jadi tikus makmal pihak hospital, tapi nak beri rawatan yang terbukti hanya pada tikus makmal, kepada anaknya. Paku dulang, paku serpih.

Jurnal appraisal (penilaian jurnal kajian klinikal) ni sendiri adalah satu ilmu khusus. Bukan boleh main baca dari internet dan buat keputusan sendiri.

Ada cara nak nak baca jurnal, ada cara nak tahu jurnal itu sahih atak tidak, signifikan atau tidak, boleh dipraktik atau tidak. Maka serahkan tugas itu pada ahli dalam bidangnya.

Apapun, petang itu keputusan ujian pesakit itu pun keluar. Aku pun baca keputusan itu dan beritahu pada pakar. Kanser. Pakar suruh aku telefon ibu pesakit. Aku menurut tanpa banyak soal. Malangnya, panggilan aku tidak dijawab.

"It's OK, Kamarul. We already did what what we are supposed to do. Doa sahajalah hati mereka terbuka untuk datang hospital semula," kata pakar kanak-kanak itu.

Giliran aku senyum kelat.

"Don't worry. They will come back. They always do," sambung pakar tu lagi sambil melangkah keluar wad.

Betul mereka pasti akan kembali, namum lazimnya bila semuanya sudah terlewat.

Pasrah dan Reda.

********

Semoga Kisah Ini Dijadikan Pengajaran Buat Ibu Bapa Dan Orang Ramai!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen