“Sebagai Suami Jangan Terlalu Bergantung Sepenuhnya Pada Duit Isteri” Ikuti Perkongsian Ini.

Sebagai lelaki yang hidup pada masa kini, sukar mencari kerja atau berpendapatan kecil pasti akan dipandang rendah oleh masyarakat. Mata masyarakat hanya memandang, lelaki yang berkerjaya dan memiliki kereta mewah sahaja yang perlu disanjungi dan dihormati.

Situasi ini menjadi lebih parah apabila yang memandang adalah isteri dan juga keluarga mertua. Bagaimana untuk berdepan sekiranya, setiap bulan isteri masih mampu memberi duit belanja kepada suami kerana berpendapatan kecil?

Sekiranya ini yang terjadi pada lelaki yang bergelar suami, Alhamdulillah jika isteri boleh memberi belanja di atas keredhaan dan keizinannya. Namun, jangan pula terlalu bergantung pada duit isteri seperti perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini…

********

Jangan Bergantung Harap Dengan Duit Isteri.

Hari ini, ramai isteri yang keluar bekerja atau berniaga untuk membantu suami menambahkan rezeki keluarga. Islam tidak pernah melarang isteri untuk keluar bekerja, berniaga, cari pendapatan tetapi mereka terlebih dahulu perlulah meminta izin dari suaminya, menjaga pergaulannya dan tidak melanggar syariat yang ditetapkan agama.

Gaji atau pendapatan isteri 100% miliknya.

Jika isteri hulur RM200 atau RM300 kepada suami, maka itu atas keizinannya dan keredhaannya dengan niat untuk mengurangkan beban suaminya. Dan bantuan ini tidak seharusnya dinilai oleh suami sebagai bantuan tetap, akan dapat smpai bila-bila.

Bantuan ini bila-bila masa boleh hilang sebagai contoh, jika ditakdirkan tiba-tiba isteri berhenti kerja atas asbab keluarga atau anak-anak, maka sebagai suami, kita akan kehilangan nilai RM200 atau RM300 yang dibantu isteri tersebut.

Jika sebelum ini kita bergantung sepenuhnya kepada nilai tersebut, maka kita akan rasa terbeban dengan kehilangan nilai itu.

Sebagai suami, seharusnya kita sendiri yang perlu menyesuaikan perbelanjaan keluarga berdasarkan pendapatan kita seorg sahaja. Ini yang patut kita buat sejak kita berkahwin. Bekerja atau tidak isteri kita tu nanti, bukanlah menjadi masalah yang besar sekiranya cara hidup, komitmen kita hanya berdasarkan pendapatan kita sahaja.

Kewajipan suami tetaplah menjadi kewajipan suami walaupun isteri ada pendapatan. Itu bukan alasan untuk kita mengambil kesempatan.

********

Setinggi mana pun pendapatan dan pekerjaan isteri, suami sepatutnya perlu tahu nafkah kewajipan yang masih perlu bagi pada isteri.

Semoga Bermanfaat Dan Dijadikan Iktibar!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen