Antara 5 Sebab Kenapa Rakan Anda Makan Banyak, Tapi Tak Gemuk Juga.

Pasti cemburu lihat rakan yang sebegini, kan? Makan banyak, tapi badan maintain kurus dan tak gemuk. Apa rahsia mereka? Secara tidak sedar, mereka sendiri pun tidak ada rahsia, dan tidak tahu mengapa ia terjadi sebegitu. Bukannya ada membela saka, atau pun jin.

Ada yang makan sedikit dah gemuk, senang naik berat badan. Menurut kajian apabila seseorang itu makan terlalu banyak atau melebihi had, kira-kira 85% daripada kalori yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak dan selebihnya akan hilang dalam bentuk haba.  Sel-sel lemak yang berlebihan berkembang dan menyimpan tenaga.

Namun sedemikian, apa yang terjadi pada mereka yang makan banyak, masih bertubuh kurus ini. Jom ketahui sebabnya…

1. Sentiasa menjalani aktiviti-aktiviti ringkas.

Antara banyak kemungkinan, cuba lihat aktiviti harian rakan anda yang kurus itu. Mereka kebarangkalian lebih banyak menjalani aktiviti ringkas yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kita mampu untuk membakar kalori seperti:

  • Jarang duduk tetapi sentiasa berjalan, tidak kira berjalan di sekitar pejabat, si kompleks membeli belah atau di halaman rumah sahaja.
  • Kerjanya juga bukan duduk semata-mata, tetapi perlu berdiri melayan pelanggan. Kadang-kala mereka perlu berdiri seharian untuk membuat kerja, malah perlu bergerak ke banyak tempat.
  • Pasti kita sering melihat ibu yang ramai anak, masih dapat mengekalkan tubuh yang langsing, kan? Ini kerana mereka terpaksa mengejar anak-anak sekitar rumah, kemudian mengemas rumah, vakum dan sebagainya.

Ia dipanggil NEAT (Non-Exercise Activity Thermogenesis), dan menurut kajian jika melakukan aktiviti ini mampu membakar 2000 kalori sehari.

2. Mempunyai lebih banyak otot.

Kemungkinan yang lain adalah, rakan anda mempunyai atau banyak membina otot dalam badan sehingga mampu mengurangkan kalori dalam badan. Tiada lemak-lemak tepu, mahupun lemak-lemak berlebihan.

Rakan anda seorang yang rajin melakukan senaman, banyak menggunakan tenaga walaupun makan kuantiti yang sama dengan anda. Jadi semakin banyak otot yang anda miliki, lebih banyak kalori yang anda bakar walaupun sewaktu tidur. Maka, rajin-rajinlah bersenam untuk membina otot.

3. Keturunan.

Anda lihat memang seluruh keluarganya mempunyai badan yang kurus dan maintain sahaja selepas kahwin. Ini yang dinamakan keturunan atau genetik. Untungkan kalau daripada genetik ini, tidak perlu lakukan apa-apa kurus sahaja. Namun, walaupun kurus tidak semestinya mereka memiliki stamina yang tinggi, ataupun kesihatan yang baik.

4. Jarang minum air manis.

Mereka memang suka makan, akan tetapi mereka kurang minum air manis atau berkarbonat. Setiap kali makan, atau mengajak mereka makan di restoran, cuba lihat air yang dipesannya. Bukan seperti kita yang suka makan banyak ni, asalkan selepas makan, nak air sirap, milo ais, nescafe ais dan sebagainya. Air putih pun jarang minum.

5. Makan kalori yang sedikit.

Rakan anda juga makan makanan yang berkalori sedikit sahaja, malah tidak pula setiap minggu nak makan fast food. Kalau makan fast food pun, tidak pula pesan air yang manis atau berkarbonat. Malah, tidak pula selalu makan roti, tetapi lebih kerap makan nasi kerana:

  • Jika makan roti, dengan salutan jem yang manis akan buat kita lebih cepat berasa lapar.
  • Nasi makan dengan lauk pauk yang ada protein dan bermacam-macam zat akan membuat kita kenyang dengan lama.

Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen