Bergaji Kecil Dan Malu Untuk Pikat Hati Bakal Ibu Bapa Mertua? Wahai Lelaki, Ikuti 5 Tips Ini.

Kta sering mendengar dan melihat bahawa golongan wanita lebih berjaya dalam menempuh kerjaya, dan juga berpendapatan lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Oleh itu, ramai lah anak-anak teruna pada masa kini yang bergaji kecil, tetapi dalam hati mahu juga berkahwin kerana untuk mengelakkan maksiat.

Dalam mahu menghalalkan hubungan dengan anak perempuan mereka, anda sebagai lelaki harus ingat duit memang mampu memudahkan kehidupan, namun tidaklah memberi kebahagiaan secara mutlak.

Jangan ber-Tuhankan duit.

Kerana duit juga, keluarga anda mampu porak-peranda. Hati-hati!

Oleh itu, sebagai lelaki biasa-biasa, tetapi bersumgguh-sungguh mahukan anaknya, ikuti 5 tips ini…

1. Bukan tunjuk duit semata-mata, tetapi tunjuk usaha anda.

Bersungguh-sungguh mahukan anak perempuan mereka, jangan sogokkan dengan duit semata-mata. Jangan terlalu ikutkan kehendak...

  • Ye, saya mampu hantaran sebegini.
  • Ye, saya mampu mas kahwin sebegini.

Demi menunjukkan usaha, anda seolah-olah lupa bahawa pasangan anda juga adalah amanah atau rezeki daripada Allah SWT untuk dijaga. Disamping untuk mencari duit, jaga hati dan perasaannya juga seperti...

  • Sentiasa buatnya gembira.
  • Kalau bergaduh pun, jangan lari daripada masalah, tetapi selesaikan dengan baik.
  • Jangan meminjam sehingga menjadi hutang yang terbeban.
  • Jangan mencuri.
  • Terus beritahu ibu bapa anda, anda mahu berkahwin dengan pasangan, dan dapatkan nasihat apa langkah seterusnya. Jangan belakangkan kedua ibu bapa anda, dan jangan melambatkan perkara yang baik. Mendapat berkat daripada ibu bapa, pasangan pun suka.

2. Jangan susahkan diri beli hadiah yang mahal untuk bakal ibu bapa mertua.

Tidak perlu membeli hadiah yang mahal semata-mata untuk membuat bakal ibu bapa mertua kagum. Seperti point di atas, bukan duit semata-mata akan tetapi usaha anda yang penting untuk pikat hati mereka. Memadai jika anda:

  • Bijak mengambil hati mereka.
  • Sentiasa bertanya khabar melalui whatsapp.
  • Jangan sombong.
  • Memberi ucapan selamat hari jadi, atau ulang tahun pun mencukupi.

3. Tunjukkan matlamat anda yang bakal buka mata mereka.

Secara tiba-tiba ibu bapa mertua tanya, apa yang anda bakal jadi 5 atau 10 tahun akan datang?

“Hmmm, saya tiada perancangan…”

Secara tidak langsung ia memberi hint pada mereka untuk reject anda kerana jika anda sendiri pun tiada perancangan, bagaimana mahu menjaga hal ehwal keluarga pada masa akan datang?

Beritahu matlamat anda seperti:

  • Untuk membeli rumah.
  • Nak membuat simpanan di ASB, Tabung Haji atau mana-mana tempat pelaburan.
  • Nak buat perniagaan sampingan.
  • Mahukan perkahwinan yang sederhana tetapi meriah.

Tetapi jangan omongan kosong sahaja. Lakukan secara perlahan-lahan untuk tunjukkan usaha anda.

4. Yakin dengan membuat baik, akan dibalas baik.

Anda terlalu merendah diri sehingga merasakan, sekiranya anda membuat baik pada ibu bapa mertua seperti tiada guna.

“Buat apa aku nak buat baik, kalau ibu bapa dia tak pandang aku yang bergaji kecil ni..”

Ingat! Anda perlu yakin dengan takdir Allah SWT, sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif dalam segala hal.

5. Jangan terlalu merendah diri sehingga terbit rasa menyampah dalam diri mereka.

Asyik dengan ungkapan…

  • “Siapalah saya ni, tak ada apa-apa pun…”
  • “Saya ni bergaji kecil je, tak mampu nak beri apa-apa…”
  • “Saya ni bergaji kecil sahaja, dia lah yang perlu menjaga kewangan..”

Jika ini sahaja ungkapan anda, secara tidak langsung menurunkan semangat anda, membuat anda menjadi murung, malah ibu bapa pasangan juga tidak yakin dengan anda sendiri untuk menjaga anak perempuan mereka.

Berusaha, Berdoa dan Bertawakal! Good Luck!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen