“Nervous Nak Jumpa Ibu Mertua..” Ikuti 10 Adab Ini Untuk Bertenang.

Siapa sahaja dikalangan kita mampu bertenang sekiranya mahu bertemu dengan bakal keluarga pasangan, terutamanya bakal ibu mertua. Ibu mertua sering diberi banyak persepsi berbanding dengan bapa mertua, kerana ibu mertua banyak kerenahnya. Biasalah golongan wanita memang merumitkan. Ada sahaja perkara yang tidak kena pada matanya.

Namun, jika betul langkahnya ketika bertemu pertama kali dengan ibu mertua, pasti semuanya akan berjalan dengan lancar. Apa yang penting anda ikuti 10 adab ini untuk bertenang…

1. Jangan pakai baju/kasut yang tidak selesa.

Hanya kerana mahu membuat ibu bapa mertua kagum, malahan daripada pandangan adik-beradik pasangan, anda sanggup memakai baju yang anda tidak selesa. Tambahan pula, baju yang tidak menyerap peluh dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Apabila kita gementar atau nervous, secara tidak langsung peluh akan keluar dengan banyak. Jadi, pakai pakaian yang menyerup peluh dengan baik.

Kaki berpeluh pun satu masalah juga. Jadi, elakkan memakai kasut yang tertutup, atau sebelum bertemu dengan ibu mertua, rendam kaki anda dengan air garam untuk hilangkan bau kaki.

2. Jangan tanya benda merepek atau mengarut.

Jika sudah terlalu nervous, apa yang kita bualkan pun tidak sedar semua bait kata-kata yang keluar daripada mulut. Elakkan diri daripada bertanya soalan atau kenyataan yang merepek seperti..

  • “Anak memang sorang je ke?”
  • “Rumah ni sewa ke?”
  • “Kenapa kat depan rumah taknak buat taman?”
  • “Kenapa rumah cat warna hijau?”

3. Berlatih untuk menghembus nafas dengan betul.

Ketika gementar juga, kita akan merasa sukar untuk bernafas. Kemudian asyik sahaja menarik nafas dengan sedalamnya kemudian melepaskan dengan kuat seolah-olah anda mengeluh pula. Situasi sebegini pasti tidak senang apabila kedua bakal ibu bapa mertua lihatnya. Relaks!

4. Jangan mencungkil-cungkil atau menguis karpet/sofa.

Bila dah nervous, habis semua barang perabot mahu dikuis dan dicungkil sehingga terkopek. Jadi, elakkan tangan atau jari-jemari anda daripada tempat yang anda boleh cungkil atau kuis seperti menggenggam jari-jemari anda sendiri sahaja.

5. Persiapkan diri soalan dan jawapan yang elok.

Oleh sebab itu penting untuk anda persiapkan diri dengan soalan-soalan dan jawapan untuk diberi. Bukannya apa, ia adalah salah satu langkah untuk mengurangkan nervous anda disamping bertanya perkara yang mengarut dan tak masuk dek akal.

Namun, jangan memberi jawapan yang menunjukkan anda seolah-olah riak dengan perkara tersebut.

6. Jangan asyik membongkok, tetapi duduk bersandar.

Tidak dapat bernafas dengan betul kerana terlalu gementar? Jangan terlalu membongkok, atau membengkokkan badan ketika duduk. Cuba bertenang dan relaks sahaja. Sandarkan dan luruskan badan pada sofa atau kerusi supaya dapat bernafas dengan sempurna.

7. Jangan sekejap pakcik, lepastu uncle, tiba-tiba ayah.

Ini juga adalah perkara biasa ketika bertemu dengan bakal ibu bapa mertua. Tersasul-sasul sehingga tidak tahu untuk memanggil mereka dengan panggilan yang macam mana. Tanya pada pasangan anda, ibu bapa si dia suka dengan panggilan yang bagaimana? Tidaklah bakal ibu bapa mertua anda pun keliru dengan panggilannya sendiri pada anda nanti.

8. Jangan hanya mengangguk sahaja.

Oleh kerana terlalu takut untuk memberi soalan dan jawapan, anda sanggup untuk angguk dan geleng kepala sahaja. Jangan pula begitu, kerana anda akan dianggap sombong dan tidak pandai membawa diri. Bertenang dan jawab soalan mereka seperti biasa, macam temuduga.

9. Jangan bermain dengan telefon bimbit.

Oleh kerana buntu kerana tiada topik untuk dibualkan, anda keluarkan telefon bimbit dan mula memberi respond pada whatsapp group. Eh, jangan! Situasi ini juga ibu bapa mertua akan menganggap anda seorang yang sombong dan tiada adab. Ketepi dahulu telefon bimbit anda.

10. Jangan lap tangan yang basah pada baju, atau seluar.

Usai sahaja makan bersama keluarga pasangan, jangan pula lap tangan anda yang basah pada baju, kain atau seluar. Ini juga menandakan anda seorang yang tiada adab, minta tisu atau kain lap daripada pasangan.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen