Apabila Naik Gaji, Anda Boleh Lakukan 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap tahun, pasti aka nada sahaja di antara kita yang menerima kenaikan gaji. Biasanya kenaikan gaji ini adalah sebagai tanda penghargaan serta sebagai pembakar semangat para pekerja untuk terus menerus berdedikasi dalam tugas yang telah di amanahkan.

Tidak kiralah berapa banyak pun yang diberikan, ia pasti akan membuat hati anda melonjak keriangan kerana penambahan pendapatan bulanan. Nmaun begitu, apabila gaji bertambah itu tidak bermakna anda boleh menggunakannya kea rah pembaziran, banyak perkara yang booleh anda lakukan dengan kenaikan gaji ini.



Berikut disenaraikan 5 tips yang boleh dibuat dengan kenaikan gaji bagi memastikan kita peroleh manfaat daripada kenaikan gaji tersebut:



1. Selesaikan hutang dengan lebih cepat.

Sudah penat dengan menanggung hutang, kini anda boleh gandakan bayaran bulanan hutang anda untuk memendekan tempoh pinjaman. Sebagai contoh, hutang kereta sebanyak RM400, kini anda boleh gandakannya kepada RM500. Jika mengambil langkah ini, anda akan segera selesaikan hutang anda, malah beban juga terasa berkurangan.

2. Tambah pelaburan.



Jika sebelum ini hanya melaburkan RM100 sebulan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) anda, apa kata kini anda cuba untuk menambah RM150 pula ke dalam akuan tersebut. Mungkin kelihatan sedikit namun ia akan membantu anda di kemudian hari. Orang kata sikit-sikit lama menjadi bukit.

3. Tambah simpanan kecemasan.



Mengapa tidak tambah simpanan kecemasan? Dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi dan risiko kehilangan pekerjaan, simpanan kecemasan adalah aset yang sangat penting ketika diperlukan. Pastikan anda mempunyai simpanan sebanyak tiga ke enam bulan gaji dalam simpanan kecemasan untuk bersedia menghadapi sebarang musibah.

4. Simpana untuk hiburan.



Buat anda yang memiliki anak-anak, pasti setiap hujung tahun adalah waktu anda dan anak-anak pergi melancong bukan? Apa kata jika kita mula menyimpan wang yang sedikit lebih untuk membawa anak-anak pergi bercuti. Bukan itu sahaja, anda boleh sahaja gunakan wang ini untuk musim persekolahan serta musim perayaan nanti.

5. Naik taraf plan takaful pelindungan.



Apabila telah selesai perkara yang lain, kini anda boleh lihat pula untuk kepentingan yang tidak dijangka yang mungkin memerlukan kos yang banyak. Setiap tahun kos untuk perubatan ini meningkat, jadi sudah tentulah perbelanjaan perubatan ini akan lebih dari jangkaan takaful anda. Hubungi ejen anda untuk mendapatkan nasihat berkenaan kos perubatan terkini dan menyemak semula polisi anda bagi menyesuaikan perlindungan dengan kos terkini.

Duit gaji yang bertambah itu bukan untuk hiburan, tetapi lebih kepada kegunaan yang penting dan selesaikan apa yang perlu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen