“Berhibur Dulu, Baru Nak Simpan Duit..” Antara Kesilapan Anak Muda Dalam Merancang Kewangan.

Kesedaran dalam menyimpan wang ini memang perlu dipupuk sejak anak-anak masih kecil lagi. Dalam hal ini, ibu bapa adalah orang utama untuk memberi inspirasi pada anak-anak supaya bijak merancang kewangan sehingga turun temurun- ke anak cucu.

Untuk menyimpan bukan perlu dipupuk ketika mulanya bekerja dan menerima pendapatan. Ia patut dimulakan dari:

  • Mendapat duit belanja daripada ibu bapa.
  • Mendapat duit pinjaman/biasiswa untuk pelajaran.
  • Mendapat duit daripada pihak lain seperti ketika hari perayaan.

Situasi di atas, ibu bapa hanya memesan untuk menyimpan wang, namun tidak pula tunjuk kaedah untuk menyimpan wang tersebut, hanya memberi kata-kata pesanan sahaja, tanpa praktikal. Ini yang menyebabkan anak-anak muda banyak buat silap dalam merancang kewangannya ketika dewasa seperti..

1. Takut nak belanja atau beri duit kepada ibu bapa.

Antara kesilapan anak-anak dalam mengendalikan wang perbelanjaannya adalah, takut untuk membelanjakan wang tersebut kepada kedua ibu bapa, malah takut juga untuk memberi. Secara lahiriahnya, sebagai kehidupan manusia, kita perlu banyak memberi daripada menerima. Jangan terlalu berkira terutamanya pada kedua ibu bapa kita.

Gaji sikit? Alah, belanja roti canai pun, ibu bapa gembira. Belikan sedikit kuih-muih pada petang hari sudah memadai, dan ia menandakan kita sebagai anak-anak yang sentiasa ingat pada kedua ibu bapa.

Memang benar bukan duit semata-mata mampu memberi kebahagiaan, akan tetapi usaha kita untuk menggembirakan hati ibu bapa.

2. Takut untuk bersedekah.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh anak muda adalah apabila takut untuk bersedekah. Ini kerana mereka beranggapan, dengan bersedekah akan membuat dirinya menjadi miskin, padahal ia mampu membuat diri berasa tenang kerana dilimpahi rezeki yang berkat. Dan secara tidak langsung, akan merasakan hidupnya cukup walaupun bergaji kecil.

“Jangan Nak Tunggu Kaya Baru Nak Bersedekah, Tetapi Bersedekahlah Sehingga Menjadi Kaya..” -

3. Takut nak melabur.

Kesilapan yang seterusnya adalah apabila takut untuk melabur. Terlalu banyak mencipta alasan seperti:

  • Takut pelaburan tidak menguntungkan.
  • Takut terjumpa orang yang salah untuk melabur.
  • Takut pelaburan yang tidak halal dan tidak berlandaskan syariah.
  • Takut, takut dan takut…

Sekiranya hanya TAKUT yang menguasi fikiran, memang sukar untuk bangkit dan berganjak dari zon selesa. Sebab itu pentingnya ada ilmu pelaburan sejak dari usia muda, supaya tidak tersesat di tengah jalan.

4. Takut mahu menabung.

“Belanja sampai tak ingat dunia, mampu simpan RM10 je..”

Takut mahu menabung atau menyimpan wang kerana duit semakin sedikit. Duit gaji RM2000, simpan sekurang-kurangnya RM200 setiap bulan pun takut, kerana takut tidak dapat beli apa yang diinginkan. Promosi baju, bag, kasut dan sebagainya sentiasa menghantui fikiran. Beli RM200 ke atas dapat free gift yang diidamkan. Kalau tak beli, rugi.

Sekiranya ini yang berlaku pada anak muda, memang tidak hairan setiap bulan kebocoran wang. Bukan sahaja setiap bulan, belum sampai hujung bulan, dan bocor, macam mana?

5. Takut digelar ketinggalan zaman.

Kemudian, takut jika digelar ketinggalan zaman oleh rakan-rakan sebaya. Mudah terpengaruh dengan trend terkini, sehingga sanggup menjadi Papa Kedana. Sanggup updgrade:

  • Telefon bimbit yang paling mahal, tetapi bukan semua aplikasi digunakan.
  • Kereta yang berjenama dan mahal, tetapi duit minyak dan tol pun minta kat ibu bapa.
  • Rumah sewa yang mahal, dan ada pelbagai kemudahan seperti gym dan swimming pool, padahal setiap hari makan Maggie.

Kesilapan Adalah Pengajaran Dan Pelajaran Untuk Masa Hadapan! Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen