8 Langkah Kawal Bacaan Gula Dalam Darah Dengan Cara Yang Sihat, Tidak Perlu Gunakan Suplemen Pun.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penyakit kencing manis ini adalah salah satu penyakit paling mudah menyerang rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, hampir rata-rata rakyat Malaysia ini menghidap penyakit ini. Tidak hanya tertumpu golongan tua sahaja, kini pesakit penyakit ini juga terdiri daripada golongan muda yang seawall umur belasan tahu.

Rakyat Malaysia ini adalah pengemar makanan manis, hampir semua makanan akan mempunyai rasa manis yang sangat menyedapkan tetak. Tidak hanya itu sahaja, rutin harian yang tidak sihat seperti gemar meminum manis, atau memakan sesuatu yang manis juga menjadi punca serangan penyakit ini.

Apabila anda sudah disahkan menghidap penyakit kencing manis, pengambilan makanan juga perlu lebih berhati-hati malah sentiasa perlu mendisiplinkan diri anda. Adalah lebih baik jika keinginan terhadap benda-benda manis ini dikawal tanpa bantuan produk atau suplemen, hanya khuatir tidak sesuai dengan badan.

Buat anda yang mempunyai penyakit ini, apa kata cuba langkah-langkah yang lebih sihat seperti di dikongsi oleh Dr. Ezairy M.Sallih yang beliau kongsikan di laman Facebook peribadinya, khasnya untuk mereka yang mempunyai masalah kencing manis.



Anda pesakit kencing manis? Sukar sangat nak kawal bacaan gula dalam darah?

Nak cari produk atau suplemen? Jom kita buat secara sihat!

Ikuti 8 langkah penting ini:

1. Turunkan berat badan



Berat badan yang berlebihan boleh mengganggu fungsi insulin dan menyebabkan sukar bagi tubuh untuk mengekalkan tahap glukosa darah yang sesuai. Bagi mereka yang berlebihan berat badan, anda perlu berusaha untuk menurunkan berat badan. Dapatkan bantuan doktor untuk menurunkan berat badan anda dan jika perlu berunding dengan pakar pemakanan atau dietition.

2. Amalkan Diet Seimbang



Makan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran, protein tanpa lemak dan sumber lemak yang baik. Makanan yang harus dielakkan adalah manis-manis dan bergula.

3. Pastikan ambil sarapan pagi



Sarapan pagi dengan cukup dan makan malam sederhana boleh mengawal bacaan gula darah anda sepanjang hari. Dengan mengambil lebih banyak kalori semasa sarapan, dan sedikit kalori pada waktu makan malam, bacaan gula sepanjang hari dikurangkan dengan ketara.

4. Mengekalkan Jadual Makan yang sempurna



Tahap gula darah lebih baik dikawal jika jadual makan diatur dengan baik. Dengan mengamalkan jadual makan lebih kerap dalam kuantiti sedikit membantu menjaga kadar gula dalam tubuh.

5. Aktiviti Fizikal adalah satu kemestian untuk pesakit kencing manis



Latihan tetap diperlukan untuk mengekalkan kadar glukosa anda di bawah kawalan. Pergerakan otot menghasilkan penggunaan insulin. Tiga puluh minit berjalan kaki setiap hari akan mengurangkan risiko diabetes sebanyak satu pertiga.

6. Kawal stres dan tekanan hidup



Tekanan yang tidak terurus boleh menyebabkan tahap gula lebih sukar untuk dikawal. Cuba bertenang untuk mengatasi tekanan. Booster untuk menyerap tekanan hidup dan stress termasuk melakukan aktiviti sihat seperti yoga, tai chi,riadah, urut, dan muzik yang menenangkan. Kesemua ini juga dapat membantu anda tidur dengan lebih baik.
Kajian menunjukkan bahawa tidak mendapat tidur yang cukup boleh memperburuk diabetes jenis 2. Tidur kurang dari enam jam malam juga didapati boleh menyebabkan bacaan glukosa terjejas, keadaan yang sering menyebabkan diabetes jenis 2.

7. Periksa bacaan gula



Doktor mungkin akan menetapkan temujanji untuk menguji gula darah anda. Lakukan cek tambahan kepada di atas. Mungkin pada sarapan pagi, makan tengahari, dan sebagainya

8. Perhatikan juga nilai bacaan lain selain gula dalam darah



Bacaan gula dalam darah bukan satu-satunya nombor yang anda perlu perhatikan. Doktor juga sebenarnya memeriksa tekanan darah dan bacaan kolesterol anda. Bacaan ini akan memberitahu anda jika kesihatan anda berada pada nilai yang betul atau tidak. Hb A1c contohnya akan mengukur paras gula darah dari masa ke masa. Ini perlu diuji sekurang-kurangnya dua kali setahun. Tahap kolesterol, juga harus diuji dan lebih kerap jika anda menghadapi masalah dengannya. Tekanan darah dan berat badan, juga akan diperiksa setiap kali anda melawat doktor.

PERINGATAN: Jangan cuba-cuba apa-apa produk dan suplemen untuk menurunkan gula. Jangan mudah terpedaya dengan testimoni yang dipamer. Teruskan temujanji dengan doktor. Ikut segala langkah sihat di atas.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen