Sentiasa Berjaga-Jaga Dengan 4 Penipuan Di Internet Pada Masa Kini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila semua perkara berada di hujung jari kita, ia sememangnya memudahkan pengurusan malah memudahkan tugas harian kita. Mana tidaknya, kita tidak perlu untuk keluar rumah, beratur panjang, serta menggunakan petrol yang berlebihan hanya mahu menyelesaikan apa yang diperlukan.

Sekarang semuanya tinggal satu click maka segala urusan dapat diselesaikan dengan sekelip mata. Namun begitu, kerana terlalu mudah jugalah kita perlu lebih berhati-hati kerana penipuan akan datang bila-bila masa sahaja. Malah dengan satu click juga kita mungkin akan menjadi mangsa penipuan Internet.



Menjadi mangsa penipuan Internet boleh menjadi pengalaman yang sangat buruk. Untuk memburukkan lagi keadaan, Malaysia juga secara beransur-ansur menjadi hab global untuk menjalankan penipuan Internet. Perkara ini tidak hairan kerana penipu tertarik dengan proses permohonan visa, pembukaan akaun bank dan pemindahan wang yang sangat mudah di negara kita. Hari ini kita berkongsi tentang beberapa bentuk penipuan dalam talian dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan anda daripada menjadi mangsa penipuan tersebut.

1. Penipuan Jual Beli Online



Fenomena e-dagang di Malaysia semakin popular di Malaysia. Keadaan ini turut meningkatkan penipuan jual beli dalam talian secara mendadak. Beberapa bentuk penipuan online ialah :

-Penjual tidak menghantar barangan kepada pembeli setelah bayaran telah dibuat

-Penjual menghantar barang tiruan kepada pembeli dan bukan barangan asli yang dipersetujui

Jadi apakah langkah pencegahan yang anda boleh ambil untuk mengelakkan perangkap tersebut?

Semak deskripsi produk dengan teliti dan tanya kepada penjual jika anda mempunyai apa-apa ketidakpastian tentang item tersebut. Juga, komen dan pendapat akan menunjukkan urusniaga yang lalu oleh pembeli lain. Pastikan anda membaca penilaian tersebut pada halaman penjual sebelum membuat sebarang pembelian. Jauhi laman web yang tidak menunjukkan ulasan pengguna.

2. Penipuan Pekerjaan Dalam Talian



Penipuan pekerjaan dalam talian sentiasa berlaku. Gaji yang sangat lumayan, konsep bekerja dari rumah, dan pelbagai umpan lain digunakan untuk memerangkap anda.

Sebahagian daripada mereka akan mempergunakan anda untuk memindahkan wang sebagai cara pengubahan wang haram mereka. Pekerjaan tersebut menyebabkan anda mempunyai risiko untuk dipenjarakan.

Sesetengah majikan palsu yang bertopeng wakil rekrut daripada syarikat-syarikat terkemuka akan memerlukan anda untuk mendepositkan sejumlah wang sebagai yuran pemprosesan yang boleh dikembalikan supaya dapat menjamin peluang pekerjaan anda. Selepas itu, tentulah mereka akan melarikan diri dengan wang anda tanpa meninggalkan jejak.

Jadi, langkah-langkah berikut sangat mudah:

-Anda tidak perlu membayar apa-apa wang untuk temu duga

-Anda tidak harus membantu pihak ketiga memindahkan wang

Dan jika pekerjaan tersebut kedengaran terlalu bagus sehingga kedengaran tidak realistik, mungkin itu memang satu penipuan.

3. Penipuan Pelaburan Forex



Forex iaitu pusat perdagangan mata wang menjadi pilihan pelaburan yang semakin popular. Pelaburan tersebut boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan dalam jangka masa panjang. Sama seperti sebarang jenis pelaburan yang lain, Forex memerlukan kerja keras dan pengalaman sebelum membuahkan hasil.

Perisian ajaib yang dijual di pasaran hari ini kononnya dapat membantu anda mencapai pendapatan yang mustahil. Janji kosong untuk melabur jumlah yang kecil untuk memenangi jumlah yang tidak terhad seharusnya menimbulkan sangsi orang ramai. Sebaliknya orang ramai masih ditipu oleh janji-janji kosong ini.

Anda juga harus was-was akan broker forex yang mendakwa mereka datang daripada syarikat-syarikat yang dikawal selia. Anda mungkin tidak akan dapat melihat wang anda lagi sekiranya dana pelaburan anda jatuh ke tangan yang salah. Anda harus mempercayai syarikat-syarikat terkemuka sahaja serta melakukan sedikit penyelidikan sebelum membuat keputusan pelaburan.

4. Penipuan e-mel atau Phishing



Phishing ialah satu usaha penipuan untuk mencuri maklumat peribadi seperti nama pengguna dan kata laluan akaun bank anda. Penipu biasanya menghantar e-mel yang kelihatan sah, dan akan memaklumkan penerima untuk mengemaskini maklumat mereka untuk menambah baik pengalaman langganan mereka.

Setelah mengklik link tersebut, anda akan diarahkan ke laman web palsu yang kelihatan sama dengan laman web perbankan yang asal.

Contoh e-mel perbankan yang palsu :



Sekiranya anda menerima e-mel sebegini rupa, anda harus membuat panggilan kepada bank anda dan mendapat pengesahan sama ada e-mel itu benar atau palsu. Nombor yang anda panggil haruslah nombor telefon rasmi bank dan bukannya nombor yang diberi dalam e-mel.

Should you receive this kind of email, just give a call to your bank and verify the authenticity of it. Oh, remember to call the number from the bank public site and not the number provided in the email.

Kesimpulan

Ketamakan dan kecuaian pengguna sering menyebabkan pengguna menjadi mangsa penipuan. Jika anda menerima apa-apa yang mencurigakan, gunakan kebijaksanaan anda dan jangan lupa untuk menyelidik apabila terdapat keraguan. Kekal selamat dan jangan menjadi satu lagi tambahan dalam statistik kes penipuan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen