Betul Ke Beli Rumah Sentiasa Menguntungkan? Jom Ketahui Antara Mitos Tentang Rumah.

Berkenaan dengan pelaburan dan hartanah, sudah tentu majoriti dikalangan kita sentiasa mahukan keuntungan. Kalau keuntungan sedikit, pasti akan berasa hampa. Apatah lagi sekiranya tiada untung langsung, pasti akan berasa gagal untuk selama-lamanya.

Jika perniagaan pun bukan setiap hari mendapat untung, begitu juga dengan pembelian rumah sebagai pelaburan. Ia bukannya sentiasa menguntungkan, malah terdapat banyak info-info yang pasti membuat ramai masyarakat salah faham tentang rumah.

Ikuti perkongsian dari saudara Azizul Azli Ahmad berkenaan dengan mitos yang salah tentang perumahan…

********

Mitos Salah Tentang Rumah?

1. Masih Muda, Kita Enjoy.

Semakin lewat kita bermula semakin singkat tempoh bayaran kita. Sanggupkah bayar tinggi pada jenis rumah yang sama.

2. Bayar Lebih, Cepat Habis.

Jika loan kita bukan Flexi Home bayaran lebih tak banyak untung sebenarnya. Kalau ada 'lock in period' lebih ngeri, bayar cepat kena denda lagi.

3. 'Refinance' Tidak Semua Untung.

Pertimbangkan kadar baru, adakalanya tahun pertama saja rendah tahun berikutnya tinggi. Ia tetap hutang baru yang kita kena bayar. Jangan kagum sangat.

4. 'Beli Rumah Senantiasa Untung'.

Tak semua hartanah itu menguntungkan, jika salah beli ruginya berpuluh tahun sedang menanti. Jika salah beli tetap rugi.

5. Modal Hanya 10% Sahaja.

Deposit awal memang 10% tetapi duti setem, penilai, kos guaman, yuran permohonan perlukan duit awal.

Mitos ini ada bahayanya, jika salah bertahun makan masa nak betulkan semula.

Mitos lelaki suka wanita seksi itu hanya dalam drama sahaja, jika nak jadikan isteri mereka suka yang tudung litupnya hingga kekaki.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen