Tips Menyimpan Rempah Ratus Agar Tahan Lebih Lama & Tidak Berbau Hapak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rempah ratus ini sememangnya memberikan rasa yang lebih enak kepada hidangan makanan anda. Sebagai contoh, buah pelaga, kulit kayu manis atau cengkih bukan sahaja mengenakkan makanan malah mampu memberikan aroma makanan yang cukup menyelerakan. Rempah ratus ini biasanya akan dibeli dengan kuantiti yang banyak walaupun hanya untuk digunakan dalam satu hidangan sahaja. Ini kerana tiada kuantiti yang sedikit di pasaran, melainkan jika anda membeli yang sudah siap di campurkan kesemuanya.

Cara penyampaian yang betul, mampu menjadikan rempah ratus anda tahan lama. Walaupun rempah mungkin tidak akan rosak jika disimpan dengan cara yang tidak betul, ia tetap terdedah kepada kehilangan rasa dan warna.



Berikut adalah cara menyimpan rempah ratus dengan betul.



1. Jangan biarkan rempah ratus terdedah.

Selepas anda selesai memasak hidangan, jangan lupa untuk pastikan kesemua rempah ratus tadi telah berada dalam bekasnya semula. Bukan itu sahaja, pasti rempah ratus itu tidak terdedah dengan lebih lama tanpa penutup. Pastikan anda tidak mencampurnya dengan bahan-bahan masakkan yang lain, di mana ia mungkin akan menjejaskan kualiti rempah ratus anda. Bukan itu sahaja, jangan malas untuk membersihkan bekas rempah ratus apabila anda telah lama menggunakannya.

2. Simpan di dalam bekas yang kedap udara.

Cara terbaik adalah menggunakan bekas simpanan rempah yang tertutup kemas dan kedap udara. Malah, anda perlu mengelakkan membiarkan ia terbuka dalam tempoh lama selepas mengambil jumlah rempah yang diperlukan. Gunakan sudu kering ketika menceduk rempah supaya tidak berlaku pencemaran atau membuatkan rempah anda rosak.



3. Susun di rak yang khas untuk rempah ratus.

Untuk memudahkan anda, apa kata anda menyediakan satu rak khas untuk rempah ratus anda. Ini kerana cahaya, udara, panas, dan kelembapan adalah musuh rempah ratus anda. Itulah sebabnya anda memerlukan tempat yang kering dan gelap, seperti sebuah almari atau kabinet yang bersesuaian.

Mungkin ada sesetengah daripada kita beranggapan bahawa rempah ratus ini mampu bertahan lama walaupun terdedah dengan udara atau persekitaran yang biasa. Mungkin dari segi fizikalnya, rempah ratus ini akan kelihatan sama namun ia akan berubah dari segi kualiti rasa rempah tersebut.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen