Disebalik Rasa Panas Dan Pedas Cili, Ini 9 Manfaat Cili Yang Anda Perolehi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai orang Melayu, pasti tidak puas sekiranya tidak memakan sesuatu yang pedas. Ini kerana, bagi sesetengah orang, cili adalah pelengkap dalam setiap hidangan mereka. Rasa tak lengakp apabila tidak ada rasa pedas walaupun sedikit. Bagi mereka yang tidak menyukai rasa yang begitu pedas, tetapi tetap sahaja mereka ini akan menambah sedikit sos, atau sambal dalam hidangan mereka.

Walaupun kadang kala ia menjadi punca kepada ketidakselesaaan pada perut, cili ini banyak manfaat yang memakannya.



Capsaicin sejenis alkaloid yang bertanggungjawab kepada kepedasan dalam cili mampu memberi manfaat untuk beberapa penyakit dalam tubuh badan. Menurut satu artikel dalam jurnal Molecules, pada tahun 2011, sekumpulan capsaicin ini boleh memberi kebaikan pada tubuh badan kita kerana memainkan perana penting dalam sistem kesihatan tubuh badan kita.



1. Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah

Kajian membuktikan cili boleh mengawal tahap insulin selepas makan. Paras gula dalam darah berkurang sehingga 60% selepas makan cili. Orang yang kencing manis dan tinggi berat badan makan cili baik untuk anda. Tetapi jangan dikunyah-kunyah macam sireh tiap masa.

2. Menjadi Punca Hormon Endorfin

Dalam satu penyelidikan didapati cili membuatkan otak kita melepaskan endorfin. Iaitu hormon yang bertindak untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh tubuh badan.

3. Penyenang Fikiran Dan Jiwa

Tentu anda berasa pelik, cili rasa pedas tapi anda suka juga dan puas makan cili sehingga kalau tiada cili dalam masakan rasa tiada kepuasan. Ini kerana hormon endorfin yang dikeluarkan otak memberi nikmat semasa makan dan ketagih serta menaikkan selera anda walaupun ianya pedas.

4. Menyihatkan Jantung Dan Elak Strok

Cili meningkatkan peredaran darah yang dapat mengelak daripada risiko serangan jantung dan strok.



5. Mencegah Kanser Prostat

Ada kajian mengatakan bahawa siapa makan cili risiko dapat kanser prostat rendah.

6. Cili Sebagai Antibiotik

Capsaicin ada ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Cili membantu melancarkan peredaran darah dan bawa darah putih melawan jangkitan kuman.

7. Melegakan selsema Dan asma

Cili dapat melegakan hidung yang tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga berfungsi mengembangkan saluran udara paru-paru dan mengurangkan asma. Jadi sesiapa rasa dada sempit atau asma nak menyerang, cuba-cubalah makan cili.

8. Membantu Bakar Lemak

Capsaicin meningkatkan kadar metabolisme dan pembakaran lemak. Kajian menunjukkan cili mampu meningkatkan kadar metabolisme anda sehingga 23% hanya dalam masa 3 jam. Bagi sesiapa nak turunkan berat badan, makanlah cili dalam diet anda.

9. Cili Sebagai Antioksidan

Cili ada vitamin C dan A yang mengandungi beta-karoten yang merupakan antioksidan. Ia membantu memusnahkan bahan-bahan radikal bebas. Radikal bebas yang bergerak dalam badan kita akan merosakan sel-sel dan saraf kita.



Walaupun pengambilannya mempunyai maanfat tetapi jika ia diambil secara berlebihan ia akan menyerang kesihatan anda semula. Makan terlalu banyak cili boleh mengurangkan keupayaan lidah untuk merasai rasa lain. Terutama untuk anda yang mempunyai ulser, makan cili juga boleh meningkatkan asid perut yang menjadikan perut berasa sakit dan panas. Jadi ambil dalam kuantiti yang berpatutan jangan sampai mencederakan diri anda sendiri.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen