Selepas 2 Tahun Berkerja, Anda Perlu Memiliki 4 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika selalunya kita hanya memikirkan apa yang perlu ada selepas setahun berkerja, mungkin ada di antara kita ini masih belum mampu untuk memiliki beberapa perkara dalam tempoh setahun kerja. Mana tidaknya, dalam tempoh setahun itu ramai dikalangan kita masih tercari-cari keselesaan hidup.

Setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza, begitu juga dalam pengurusan kewangan dan perkerjaan yang stabil malah selesa. Jika anda tidak mampu capai apa-apa dalam setahun anda berkerja, mungkin anda boleh cuba untuk tahun-tahun berikutnya.

Bagi mereka yang telah berkerja selama lebih setahun ini, pasti mempunyai sesuatu untuk dicapai selepas beberapa tahun bekerja. Salah satu perkara yang perlu dicapai adalah memenuhi dan mencapai pengurusan kewangan yang baik.

Kami senaraikan perkara wajib yang anda perlu lakukan apabila sudah dua 2 tahun bekerja.



1. Simpanan Kecemasan 3 Bulan



Ramai individu yang baru bekerja mengambil mudah dengan tidak mempunyai simpanan kecemasan.

Simpanan kecemasan ini akan membantu anda ketika waktu kecemasan terutama masih lagi baru bekerja. Simpanan ini akan mengelakkan anda dari membuat pinjaman dari kad kredit, pinjaman peribadi atau dari kawan-kawan anda sendiri.

Dalam tempoh 2 tahun bekerja, anda digalakkan untuk mempunyai simpanan sehingga 3 bulan gaji anda.  Jika gaji anda adalah RM3,000, anda mesti mempunyai simpanan kecemasan berjumlah RM9,000.  Ini bermakna anda perlu menyimpan antara 12% hingga 15% selama 2 tahun dari gaji anda.

2. Pelan Perlindungan



Pelan perlindungan sebaiknya diambil secepat mungkin. Namun, jika terdapat halangan, pastikan dalam tempoh 2 tahun pertama anda sudah memiliki pelan perlindungan. Untuk permulaaan, ambil pelan perlindungan yang minimum juga sudah memadai.

Ini kerana anda perlu sentiasa review dan boleh upgrade apabila sudah mempunyai keperluan yang lebih tinggi. Anda digalakkan untuk mengambil pelan perlindungan dengan jumlah caruman bulanan tidak melebihi 10% dari gaji anda.

3. Pelaburan Berisiko Rendah/Sederhana



Dalam tempoh dua tahun pertama bekerja, anda juga sudah sepatutnya mempunyai satu pelaburan yang berisiko rendah dan sederhana.

Contoh pelaburan yang anda boleh lakukan adalah seperti ASB dan Unit Trust.

Mulakan dengan satu jumlah yang anda boleh melabur dengan selesa. Cadangan dari kami adalah antara 10% hingga 20%. Anda hanya perlu pastikan pelaburan ini adalah untuk jangka masa panjang dan pastikan review pelaburan anda setiap 3-5 tahun.

4. Rancangan Membeli Rumah



Anda tak perlu tergesa-gesa untuk mendapatkan rumah pertama. Perkara pertama anda perlu lakukan adalah merancang dengan baik pembelian rumah pertama. Rancangan ini bagi memastikan rumah yang anda beli adalah berbaloi. Sama ada untuk pelaburan atau duduk sendiri.

Beberapa perkara yang anda boleh rancang dalam tempoh dua tahun pertama bekerja adalah seperti:

i. Penyediaan deposit

ii. Lokasi rumah

iii. Untuk pelaburan atau duduk sendiri

iv. Jenis rumah

Perkara paling penting adalah penyediaan deposit rumah yang mungkin terlalu besar bagi sesetengah orang.

Namun, rancang dari awal akan memastikan pembelian rumah pertama anda lebih mudah.

Jangan terlalu tetekan dengan apa yang orang lain ada. Cuba cari kejayaan dan keselesaan anda sendiri.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen