Bapa Ini Kongsi 3 Langkah Bantu Anak Tidur Awal, Barulah Tidak Meragam Pada Waktu Pagi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anak-anak tidak cukup tidur, maka nak bangun pagi pun liat. Mula lah ada sedikit drama pagi itu hingga menguji kemarahan ibu bapa. Mana tidaknya, ibu bapa sudah lambat datang ke pejabat anak pula buat perangai tidak mahu ke sekolah atau tidak mahu bangun pagi, maka bertambah lambatlah ibu bapa yang berkerja.

Kadang kala, anak yang sukar bangun pagi ini berpunca dengan ibu bapa yang kurang disiplinkan anak-anak untuk tidur di awal waktu. Jika tidur mengikut masa dan waktu yang sesuai, pasti tiada masalah untuk anak-anak ini bangun di awal pagi kerana telah memperolehi tidur yang berkualiti.

Bagi ibu bapa yang memiliki anak yang liat bangun pagi dan meragam ini, cuba ikut tips yang dikongsi oleh seorang bapa Rodzi Mohamed ini. Mana tahu ia berkesan dengan anak anda, lepas ini boleh lah anda lalui pagi yang tenang.



Selalunya waktu pagi adalah waktu paling mencabar. Ini pengalaman saya waktu kerja makan gaji dulu. Kita nak cepat, ada punch card. Masa tu lah anak buat perangai.



Tak nak bangun, tak nak mandi, lepas tu nagis. Hilang sabar kadang-kadang.

Sekali sekali kita pun nak naik suara. Kena banyak SABAR ya Emak Ayah dalam membesarkan anak-anak.

Apa juga keadaan, Emak Ayah perlu TENANG dulu. Emak perlu bantu Ayah TENANG. Ayah perlu bantu Emak TENANG. Persiapan untuk menghadapi pagi esok bermula malam ini.

Tips saya untuk Emak Ayah malam ini.



Tips pertama, anak-anak mesti tidur awal. By 9.00 atau 9.30 mesti tidur. Makan mlm mesti before maghrib, No TV, No HP & Tutup lampu. Emak Ayah mesti disiplin dulu.

Tips kedua, lepas isyak buat aktiviti yang buat anak mengantuk. Saya selalu bercerita dgn anak-anak ataupun baca buku untuk anak. They love to spend time dgn Emak Ayah. Jika Ayah pegang buku & bercerita, seronok mereka bukan main. Senyum jaaa masa anak tidur nanti. Percayalah... cer buat.

Tips ketiga, masa anak dah lali & di awal tidur. Baca DOA yang kita nak. Antaranya... esok Abid bangun awal ya. Abid good boy. Abid suka pergi sekolah, Abid suka bangun pagi. Abid leader, Abid sihat, Abid pandai, Abid suka baca quran, Abid suka solat. Etc..

Jadikan ini rutin harian. In shaa Allah, dah tak ada drama waktu pagi. Pagi-pagi akan jadi tenang sahaja...

Ayah-ayah mesti beri kerjasama tau! Ayah perlu lebih usaha. Ayah-ayah perlu banyak DOA.

Jom mulakan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen