Lelaki Ini Nasihat, Para Ibu Bapa Wajib Mendengar 4 Cerita Daripada Anak-Anak Yang Masih Kecil.

Setelah mendapat gelaran sebagai ibu bapa, antara tanggung jawab yang perlu dilaksanakan terhadap anak-anak adalah mendengar pendapat dan luahan hati mereka. Akan tetapi ketika mereka kecil, amat digalakkan untuk para ibu bapa sentiasa mendengar cerita daripada anak-anak kerana ia adalah salah satu cara mereka dapat perhatian.

Ketahui antara 4 cerita yang para ibu bapa perlu dengar daripada anak-anak seperti yang telah dikongsikan oleh saudara Firdaus Mokhtar ini…

No photo description available.

1. Tentang kawan-kawan.

Bila anak-anak bercerita tentang kawan-kawan, dia akan jadi cerita yang sangat bersungguh-sungguh. Kalau sampai level menyembur air liur tu, masa cerita pasal kawan-kawan ni lah. Hal ni penting sebab kita nak kena tahu dengan siapa anak kita berkawan. Dan macam mana cara mereka berkawan.

Anak kecil memang seorang yang sangat jujur. Cerita yang dia sampaikan adalah sangat jauh daripada kesangsian.

Maka kalau ada cerita yang negatif contohnya tentang perkataan mencarut dan lucah yang kawan-kawan dia biasa guna, gambar atau video yang tidak elok diajak tonton bersama atau boleh jadi kelakuan kawan suka menyentuh dan memegang pada anggota badan yang tidak patut, itu perlu kita ambil perhatian.

Sebab pada anak-anak yang masih kecil sekitar umur 4-7 tahun, kadang-kadang ada perkara sentitif yang pada mereka itu cuma permainan dan tidak serius. Jadi tanggungjawab kita untuk betulkan jika ada berlaku.

Antara cerita tentang kawan yang agak femes, bila ada kawan suka ke kawan yang lain. Umur baru 8-9 tahun, tapi dah sembang kawan ni nak kahwin dengan kawan tu. Nanti nak tulis surat cinta semua.

Hal ini kena tegas. Bagitahu itu bukan sesuatu yang dibuat main dan beritahu juga, untuk umur sekarang berbuat macam itu adalah salah.

Namun kalau cerita yang baik-baik tentang kawan mereka, kita berikan galakkan. Ajak kawan datang rumah pun tak apa, untuk kita kenal kawan anak-anak.

2. Cerita tentang cikgu mereka.

Antara topik yang menjadi kesukaan anak-anak adalah tentang cikgu dia. Sekali pun dia cuma ada seorang cikgu di sekolah, mesti ada cerita tentang cikgu itu hari-hari.

Maka dengarlah. Supaya kita pun boleh kenal dengan cikgu anak-anak kita. Jadi kalau ada kaedah yang cikgu guna menjadikan anak kita mudah belajar, kita boleh tiru dan ikut kaedah yang sama di rumah.

3. Cerita apa yang dia belajar.

Ini juga sangat penting. Dan sebenarnya menjadikan keperluan bagi kita untuk bertanyakan soalan ini kepada anak-anak setiap kali balik dari sekolah;

“Belajar apa tadi di sekolah?”

Selain memang kita nak tahu apa mereka belajar, untuk mudah kita bantu ulang kaji dan buat kerja rumah, kita nak mereka recall balik apa yang dah mereka belajar.

Kalau anak dapat jawab dengan baik, kita dah bantu mereka ulang ingat dan tambah faham tentang pelajaran di sekolah. Kan bagus begitu.

4. Bila dia mengadu sakit.

Hal mengadu sakit ni, boleh jadi betul-betul sakit atau sengaja nak kita bagi perhatian. Dua dua keadaan kita kena jadi pendengar yang baik.

Kalau sakit betul, untuk kita bertindak carikan ubat. Kalau jenis buat-buat pun masih kita kena dengar. Supaya anak tahu, dia ada tempat untuk mengadu.

Kawan kawan yang baik, banyak berlaku bila anak-anak kurang mendapat perhatian di rumah, mereka akan cari perhatian lain di luar rumah. Paling dekat kawan-kawan mereka.

Sebab tu kita biasa tengok anak-anak tak berterus terang dengan ibu bapa. Sebab mereka tak rasa selesa bercerita dengan ibu bapa sendiri. Iyalah dah daripada kecil tak semua cerita mereka kita dengar. Kan?

Maka mulai hari ini kita penat atau tidak, punya masa atau tidak, wujudkan masa untuk kita dengar cerita anak-anak.

Walau pun cerita mereka nampak remeh dan tak matang, namun telinga yang kita pinjamkan untuk mereka, mata yang kita halakan buat mereka, senyum dan tawa yang kita hadiahkan buat respon kepada cerita mereka adalah suatu yang sangat istimewa.

Percayalah. Kita akan tetap menjadi kawan baik buat anak-anak sampai mereka dewasa nanti. Jika daripada sekarang kita menjadi pendengar yang paling setia.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen