“Suami Wajib Ada Ilmu Tauhid, Feqah, Dan Tasawuf Dalam Mendidik Isteri Ke Arah Solehah..” -Ustaz Iqbal Zain-

Suami isteri perlu tahu tanggung jawab sendiri dalam perkahwinan. Malahan, suami isteri juga perlu tahu peranan antara satu sama lain supaya masing-masing tidak terlupa melaksanakan tanggung jawabnya. Dalam melaksanakan tanggung jawab tersebut, kedua-dua pihak perlu persiapkan diri dengan ilmu agama, supaya perkahwinan yang terbina mendapat barakah daripada Allah SWT.

Terutamanya peranan sebagai seorang suami, dimana perlu mendidik isteri menjadi isteri yang solehah selain daripada memberi nafkah semata-mata. Apakah ilmu yang wajib si suami ini ada? Ikuti perkongsian dari Ustaz Iqbal Zain ini…

********

Image may contain: 1 person, beard

Kepentingan Peranan Isteri.

Cara mendidik isteri yang pertama sekali jika isteri itu masih belum berilmu, maka dia perlu fokus bagaimana isterinya memperoleh ilmu yang wajib keatas dirinya.

3 ilmu yang wajib iaitu:

  • Tauhid.
  • Feqah.
  • Tasawuf.

Suami, bawa isteri dengar kisah-kisah akhlak para isteri Nabi Muhammad ‎SAW dan kisah-kisah perempuan-perempuan yang solehah ketika dahulu.

Mereka akan mendapat inspirasi bagaimana perempuan yang solehah dan taat pada suaminya, berkhidmat pada suaminya. Suami mendidik isterinya itu tanamkan cinta pada akhirat.

Kerana perempuan mudah tertangkap dengan perkara-perkara keduniaan. Akan tetapi bila mereka dipupuk akan kecintaan pada akhirat, mereka akan menjadi lebih hebat daripada kita.

Kita perlukan mereka sebagai sokongan kepada kita. Kerja agama kita, usaha agama yang kita lakukan. Isteri itu main peranan penting.

Kerana itu dalam sejarah kita , mereka yang menjadi orang besar, belakang mereka ada isteri yang membantu mereka. Lihat Rasulullah SAW dibantu oleh Isterinya Sayyidah Khadijah. Tengok ulama-ulama hebat yang besar. Mereka dibantu oleh isterinya.

Jika seseorang ingin maju dalam kerja agama, dalam dakwah, tapi dia lupa akan isterinya maka dia akan dapati isteri akan jadi penghalang untuk kerja agama yang dia lakukan . Kerana isterinya tidak faham apa yang dilakukan oleh suaminya.

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Maulana Iqbal Zain Al-Jauhari.

********

Maka, sebagai seorang lelaki yang akan bergelar suami atau baru sahaja ke jinjang pelamin, amat penting untuk mendidik isteri dengan ilmu agama. Daripada sumber Al-Qur’an, sunnah Rasulullah SAW sehingga lah ke kisah-kisah Nabi untuk dijadikan teladan. Isteri adalah cerminan diri suami.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen