Lelaki Ini Kongsi Panduan Menguruskan Hutang Dengan Bijak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau pasal hutang ini, pasti setiap masa duk buat kira-kira. Nak tidur malam pun rasa tak lena sahaja. Mana tidaknya kalau boleh nak selesaikan hutang yang dilakukan itu dengan kadar segera, selepas dah selesai segala hutang barulah boleh lakukan apa sahaja yang dimahukan.

Namun begitu, tidak mudah untuk selesaikan hutang dengan kadar segera. Lagi-lagi kalau diri ini suka sangat lakukan hutang tanpa ada kesedaran dahulu. Pastilah hutang yang ada ketika ini sudah semakin banyak. Aduh, macam mana ini.

Jangan terlalu bimbang dahulu, apa kata anda mula selesaikan hutang dengan mengubah cara hidup anda dahulu, macam yang dikongsikan oleh saudara Amir Syahir ini. Mari baca perkongsian darinya ini.



Hutang boleh dibahagikan kepada dua iaitu hutang baik dan hutang jahat. Hutang baik boleh beri keuntungan dan menambah pendapatan kepada kau. Hutang jahat ini adalah hutang yang kau kena bayar setiap bulan tetapi tak menjana pulangan untuk keuntungan kau.

Contoh hutang jahat adalah hutang peribadi, hutang kereta jika ansuran bulanan melebihi separuh gaji ataupun hutang kad kredit yang berlambak.

Mesti pening kepala kan kalau hutang jahat dah lebih 60% daripada gaji. Dapat gaji habis duk bayar hutang pun. Simpanan dan aset hartanah pun takde lagi. Pagi masuk gaji, petang dah tinggal beberapa ratus je untuk hidup.

***

Antara panduan menguruskan hutang :

1. Senaraikan hutang yang ada, baki hutang, ansuran bulanan, kadar keuntungan bank dan tarikh akhir kena bayar hutang.

2. Catat jumlah hutang. Selesaikan hutang yang paling sedikit terlebih dahulu dan yang paling besar selesaikan paling akhir.

3. Elakkan berhutang yang tidak perlu seperti berhutang untuk membeli barang-barang kehendak seperti perabot, pekakas elektrik dan juga berhutang untuk kahwin. Cuba usahakan untuk beli tanpa perlu berhutang.

4. Berhenti bina hutang baru. Jangan gali lubang tutup lubang. Cukuplah dengan hutang yang ada.

5. Sediakan bajet bulanan, harian dan mingguan. Baru tahu duit pergi ke mana.

6. Ubah gaya hidup. Biar bersederhana. Tak perlu tudung mahal. Tudung murah pun tutup aurat juga.

7. Pastikan ada tabungan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan gaji yang boleh digunakan sewaktu kecemasan. Kalau lagi banyak simpanan, lagi bagus.

8. Mula menyimpan 10% daripada gaji sebelum berbelanja. Jika naik gaji, tambah lagi. Jika tak mampu, simpan RM100. Yang penting, tetapkan matlamat berapa nak simpan

9. Ambil tahu hal kecil. Tutup elektrik bila tak guna. Paip air jangan terus biarkan menitik. Kalau boleh kurangkan makan luar. Bawa bekal ke pejabat.

10. Ubah gaya berbelanja. Dapat gaji tak perlu berbelanja serupa tiada hari esok.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen