“Hakikat Menjadi Seorang Suami Bukan Setakat Memberi Isteri Nafkah Sahaja, Tetapi Mendidik Sehingga Menjadi Solehah” –Habib Ali Zainal-

Betapa besarnya tanggung jawab menjadi seorang suami kerana bukan setakat memberi nafkah semata-mata, akan tetapi perlu mendidik isteri menjadi wanita yang solehah. Taat pada suami dan juga Allah SWT.

Pentingnya ilmu agama ini di dalam diri setiap individu terutama lelaki yang bergelar suami, supaya dapat menguruskan keluarga mengejar syurga seperti perkongsian dari Habib Ali Zainal ini…

*********

Image may contain: 1 person, standing and beard

Wahai kaum suami!

Janganlah menjadikan diri kamu seperti apa yang disebut oleh baginda Rasulullah SAW iaitu sebagai suami yang dayus. Lalu, ditanya para sahabat, Ya Rasulullah, Siapakah mereka yang dayus itu? Lalu dijawab oleh baginda Rasulullah. Yakni, mereka yang tiada mengambil kisah dengan siapa, kemana, dan urusan apa isteri dan ahli keluarganya keluar dari rumah.

Wahai kaum suami! Ketahuilah bilamana kamu mengambil seorang perempuan itu sebagai isteri. makanya, kamu telah mengambil amanah dari Allah SWT. Walaupun zahir dilihat akad nikah itu bersama walinya. Maka, tanggungjawab bagi suami itu adalah kepada Allah SWT.

Ketahuilah, tanggungjawab itu bukan sekadar memberi nafkah minum, makan, pakaian dan tempat tinggal. Yang menjadi keutamaan juga, adalah suami wajib mentarbiyah isterinya yakni mendidik isterinya menjadi seorang wanita yang solehah.

Yang taat kepada Alah dan RasulNya. Kerna, bukan didunia saja, diakhirat juga akan dipertanggungjawabkan.

Ramai suami yang sekadar memberi perhatian akan hal ehwal nafkah kepada si isteri dari segi keduniaan material. Bahkan, terlupa untuk mengambil berat tentang soal solat fardhunya, soal auratnya, begitu juga batas-batas isterinya dalam bermuamalah dengan orang lain apabila berada diluar rumah.

Wahai kaum suami!

Selain memahami itu adalah amanah Allah SWT, ketahuilah dirimu juga bertanggungjawab kepada Rasulullah SAW.

Sabda RasulullahSAW;

"Sebaik-baik diantara kalian yakni kaum suami adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isteri-isterinya."

Baginda telah berwasiat kepada seluruh kaum suami untuk berbuat baik kepada kaum isteri dengan memenuhi tanggungjawab dan hukum hakamnya yang menjadi ketentuan buat sang suami kepada isterinya.

Sehingga Allah SWT memberi nama ikatan yang suci ini, yakni ikatan pernikahan ini sebagai "Mitsaqan Ghalizo". Yang bermaksud, sudah diambil keatas kamu sesuatu sumpah dan janji yang amat berat.

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

********

Semoga Bermanfaat dan Dijadikan Iktibar Untuk Menjadi Suami Yang Soleh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen