[Edisi Hari Wanita Sedunia] Hati Wanita Itu Hebat Dan Tabah.

Daripada anak perempuan kecil, gadis muda remaja sehinggalah bergelar wanita dewasa, setiap fasa ini golongan perempuan perlu dihargai dan diberi kasih sayang. Dengan didikan daripada ibu bapa yang telah diberikan daripada kecil sehingga membesar menjadi bekerjaya, tiada siapa dapat menyangka.

Daripada suka….

  • Memberontak
  • Menangis
  • Merengek

Tiada siapa dapat menyangka dalam diri wanita sebenarnya kuat dan tabah melalui pelbagai cabaran hidup, terutamanya pada zaman moden ini. Berbanding dengan zaman dahulu, kaum wanita dianggap lemah dan tidak berani untuk mendekatkan diri dengan pelbagai aktiviti, termasuk sukan lasak.

KETIKA ANAK KECIL.

Sedaya upaya untuk mendapatkan perhatian ibu bapa, yang sering sibuk dengan kerjaya. Kemudian, bersaing dengan adik-beradik untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa, malah untuk melihat siapa yang lebih berjaya.

Ketika kecil juga sering diandaikan tidak pandai berdikari dan diperkotak-katikkan kekuatan dirinya.

Jika ibu bapa tidak menekankan cara menutup aurat dengan betul sejak dari kecil, pasti akan dikecam oleh masyarakat pula. Masalah pencabulan, mahupun pedophilia sentiasa menjadi isu. Mudah menjadi murung, tiada siapa yang tahu.

KETIKA GADIS REMAJA.

Mula mencari identiti sendiri, malah mula membandingkan diri sendiri dengan rakan sebaya. Terlalu kerap terdedah dengan sosial media akan mengakibatkan diri dieksploitasi menjadi sindiran. Menjadi mangsa cyber buli sudah pasti.

Mula dibandingkan dan disalahkan…

  • Kenapa dia yang lebih cantik?
  • Kenapa dia yang lebih pandai?
  • Kenapa dia yang punya ibu bapa yang supportive?
  • Kenapa perempuan tidak boleh mulakan perkenalan?
  • Kenapa lelaki tidak boleh terima sekiranya perempuan menjadi Perigi Mencari Timba?

Malah cinta ditolak berkali-kali mampu membangkitkan diri.  Namun, semakin lama semakin lali.

KETIKA WANITA DEWASA.

Kehidupan mula mencabar. Sama ada tentang kerjaya, mahupun rumah tangga.

Mula dipertikaikan…

  • Kaum wanita tidak kuat membuat pelbagai kerja.
  • Kaum wanita harus tanggal hijab untuk sesuatu kerja.
  • Kaum wanita dipandang jelek apabila menjadi ketua.

Bakal jodoh mula menjadi persoalan, apatah lagi tentang menuju ke arah perkahwinan.

  • Bila nak kahwin?
  • Kenapa tak bertemu jodoh lagi?
  • Kenapa memilih sangat?
  • Kenapa kahwin dengan lelaki biasa?
  • Bila nak dapat anak?
  • Kenapa majlis kahwin biasa sahaja?

Setelah berkahwin sanggup berkorban dan seolah-olah menjadi hamba kepada suami dan anak-anak kerana Allah SWT.

Dulu wajahnya cantik, kini tidak lagi berseri…

Dulu badannya ramping, kini berisi…

Dulu rambutnya lebat, kini menjadi jarang.…

Dulu senyumannya manis, kini umpama menjadi harimau belang…

Oleh kerana itu, menjadi seorang wanita itu bukan sahaja kuat tetapi tabah hidupnya. Pasangannya pula perlu bijak menghargai, ikhlas menyayangi dan saling mencintai. Sokongan emosi dan moral pada mereka itu harus diberi oleh suami.

Selamat Hari Wanita Sedunia!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen