“Seni Jerat Untuk Menawan Hati Suami?” Jom Ketahui 2 Teknik Komunikasi Yang Betul Memikat Suami.

Dalam memikat hati suami, majoriti golongan isteri hanya menggunakan bahasa kiasan dengan harapan si suami faham isi hatinya. Namun, para isteri perlu tahu bahawa ia adalah langkah yang salah untuk membuatkan suami memahami isi hati anda. Kaum lelaki sukar untuk peka dengan keadaan sekelilingnya, sebagaimana kaum wanita mempunyai naluri hati yang kuat.

Jadi, KOMUNIKASI adalah kunci utama untuk membuatkan hubungan anda dengan suami tiada salah faham. Malah, komunikasi dua hala amat penting untuk mendorong anda menjadi TELUS apa jua hal yang dikongsikan. Tiada rahsia antara suami isteri.

Jadi, para isteri perlu tahu 3 teknik yang betul dalam memikat suami berkenaan dengan komunikasi ini, iaitu…

MELALUI SENI JERAT.

Komunikasi yang sering digunakan oleh kaum wanita adalah terlalu banyak persoalan. Persoalan ini juga yang mendorong mereka menjadi over thinking, atau suka membuat andaian yang negatif pada suami sendiri. Jadi, seni jerat ini bukan sahaja membantu anda untuk tidak overthinking, malah suami pun terjerat dengan anda, namun ‘terjerat’ dalam keadaan yang baik.

Sebagai contoh:

Dalam perbualan, anda perlu menawarkan pilihan pada suami…

BUKAN: “Cantik tak warna kuning ni dengan saya?”

Kerana suami akan serba salah sekiranya warna tersebut tidak cantik dengan anda, malah sekiranya jawab cantik, anda pula yang menjadi ragu-ragu dengan jawapannya. Situasi sebegini pasti akan menemui perbalahan.

GUNAKAN: “Merah dengan kuning ni mana cantik?”

Suami akan ada pilihan untuk memberi jawapan.

Selain daripada itu, jika anda mahu meminta sesuatu dari suami, jangan gunakan:

“Abang, saya nak cincin…”

TETAPI: “Ulang tahun perkahwinan nanti, abang nak bagi cincin ke gelang?..”

Suami akan terjerat bahawa anda mahukan sesuatu pada ulang tahun perkahwinan, namun dia ada pilihan untuk membeli sama ada cincin atau gelang.

Para isteri perlu tahu, fikiran lelaki tidak sama dengan wanita. Jika tiada pilihan dalam perbualan, mereka akan menganggap anda mahukan cincin sahaja. Jadi, dalam fikirannya hanya tentang cincin sepanjang hari.

Maka, luaskan perbualan dengan letak pilihan supaya suami tahu apa yang anda mahu.

MELALUI MEMBERI MAKLUMAT.

Pasangan suami isteri secara tidak langsung akan mengenali dengan lebih rapat apabila duduk sebumbung. Jadi, pasti banyak situasi akan terjadi dalam rumah, dari hal kecil sehingga hal yang paling besar. Jadi, dalam memberi dan menerima arahan, isteri perlu telus dalam memberi maklumat tentang urusan rumah tangga, antaranya mengemas rumah.

Dengan intonasi menjerit…

“Abang, kenapa tak tutup penutup ubat gigi ni?”

“Abang, kenapa sepahkan baju ni?”

“Abang, tengoklah pinggan mangkuk tak basuh, nak jadi apa? Pemalas ke?”

Para isteri, perlu hentikan soalan demi soalan sebegini, kerana ia bakal membuat suami anda Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Tukar kepada dengan memberi maklumat dengan arahan..

“Abang tolong tutup penutup ubat gigi, nanti bau lipas..”

“Abang, tolong masukkan baju dalam bakul, nanti saya nak basuh..”

“Abang, tolong basuh pinggan ni, saya penat..”

Jadi, suami anda mendapat jawapan dengan arahan yang diberikan seperti anda penat. Yang penting para isteri perlu tahu bahawa…

  • Setiap komunikasi perlu ada kata-kata penghargaan seperti Tolong dan Terima kasih.
  • Jangan memberi soalan yang bertubi-tubi, malah jika suami memberi soalan, jangan jawab dengan soalan.
  • Jangan beri bahasa kiasan pada suami kerana mereka tidak faham. Terus-terang sahaja.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen